Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS Setuju Lantik Semula Ahmad Said Sebagai MB Terengganu

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
PAS Setuju Lantik Semula Ahmad Said Sebagai MB Terengganu

PAS Terengganu setuju untuk memberi sokongan kepada ADUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru. 

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, persetujuan itu dengan syarat bekas Menteri Besar itu perlu terlebih dahulu menyertai ahli PAS sebagai wadah perjuangan beliau yang baru. 

Menurut Saiful yang juga ADUN Paka, perkara itu telah dipersetujui Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan ADUN-ADUN PAS yang lain termasuk ADUN Bandar daripada PKR. 

"Kita sedia menukar Menteri Besar Terengganu mengikut saluran undang-undang yang betul kerana kita yakin Menteri Besar yang ada pada hari ini sudah hilang sokongan. 

"Hari ini sepatutnya sudah tukar MB. Dato' Seri Ahmad Said sudah baca satu persatu peraturan sidang dewan dan perlembagaan Tubuh Negeri. Namun, ditolak oleh Speaker dengan alasan yang sangat tidak munasabah," katanya selepas Sidang DUN, semalam.

Apabila ditanya media kemungkinan PAS akan mohon mengadap Sultan Terengganu, Saiful berkata, perkara itu masih dalam perbincangan. 

"Kita akan bawa majoriti wakil rakyat di Terengganu mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Tapi ia masih dalam perbincangan. Yang penting, kita cukup majoriti untuk jatuhkan UMNO," katanya. - Harakahdaily

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.