Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS TERUS "PATAHKAN" JIWA PAKATAN!!!

SEMUT HITAM
PAS TERUS "PATAHKAN" JIWA PAKATAN!!!
Untuk sekian kalinya, sudah pasti ada yang akan meroyan membaca kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS ni bila dia umum PAS tidak aterlibat dalam agenda menukar MB Terengganu.

Jika dilihat dari satu sudut, PAS tetap konsisten dengan pendirian yang dibuat sebelum ini iaitu untuk mengikut proses demokrasi yang telah menjadi amalan didalam Perlembagaan Negara.

PAS sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak akan tunduk dan mengikut telunjuk dari pihak tertentu atas dasar kepentingan Politik Dendam Peribadi mereka terhadap pihak Kerajaan.

Bahkan PAS juga turut membuat pendirian untuk menukar kepimpinan sedia ada melalui sistem demokrasi iaitu dengan menggunakan saluran Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Maka atas dasar itu, PAS membuat keputusan untuk menolak sebarang usaha yang menggunakan 'Pintu Belakang' bagi menggulingkan Kerajaan seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak.

Kesimpulannya, pendirian PAS itu membuktikan bahawa mereka lebih matang jika nak dibandingkan dengan beberapa pemimpin yang KONONnya dah lama memerintah, tapi tetap tunduk kepada desakan sesetengah pihak atas dasar kepentingan diri sendiri!!!
KUALA LUMPUR: PAS mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada Selasa.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak terlibat dengan gerakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang mencadangkan usul itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

"Sehingga kini kita (PAS) tidak ambil bahagian. PAS hanya lihat isu-isu yang munasabah dan bukan isu untuk merebut jawatan," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, di sini, Rabu. 

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai cadangan usul dibawa Ahmad, yang juga bekas menteri besar Terengganu selama enam tahun bermula 2004, sebelum mengakhiri perbahasannya di DUN itu.

Sementara itu, ketika diminta mengulas pendirian PAS mengenai 'Deklarasi Mahathir', Abdul Hadi berkata parti itu tidak bersetuju dengan tindakan 'gopoh'.

"Saya sebelum ini sudah beri kenyataan bahawa ada perkara yang kita setuju dan ada yang tidak setuju mengenai deklarasi itu. Yang kita setuju adalah perubahan. Yang kita tidak setuju adalah gopoh. 


"Kita mahu perubahan secara demokratik sama ada pilihan raya atau undi tidak percaya. Undi tidak percaya mestilah undi di Parlimen, mestilah (melibatkan)  orang Umno sendiri. Kalau Umno tak ubah dan kita (PAS) saja yang ada 14 kerusi nak buat apa, maka sia-sialah. Mesti ada kemunasabahannya," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.