Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PKR DESAK TUN AKUI DOSANYA TERHADAP ANWAR!!!

SEMUT HITAM
PKR DESAK TUN AKUI DOSANYA TERHADAP ANWAR!!!
Wah!!! Betul ke sampai tahap itu yang Tun Mahathir sanggup lakukan demi untuk mencapai hasrat mendesak agar Datuk Seri Najib Razak meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri?

Hari ini, kecoh dalam laman media sosial surat yang dikatakan keluar dari Ibupejabat PKR HQ yang memaklumkan kepada ahli - ahli diperingkat akar umbi mengenai sidang media Tun.

Katanya, dalam sidang media yang bakal diadakan itu antara lain akan menyebut mengenai fitnah yang telah ditaburkan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Umum mengetahui, rata - rata penyokong Totok PKR tu masih lagi tidak dapat mengampunkan dosa Tun Mahathir yang telah memecat Si Ketua Penipu tu sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mereka yang sebelum ini pernah melabelkan Tun dengan gelaran 'Maha-Zalim' dan juga 'Maha-Firaun' tetap ingat dengan tindakan Tun yang telah menggugurkan Si Ketua Penipu tu dari jawatannya.

Selain itu, penyokong Totok Si Ketua Penipu tu juga masih menyalahkan Tun kerana menjadi individu yang termakan Fitnah Liwat yang dijaja oleh DAPigs terhadap Ketua Umum mereka pada tahun 1997.

Bahkan, mereka juga masih lagi menganggap Tun sebagai individu yang bertanggungjawab dalam memusnahkan harapan rakyat yang mahu melihat Reformasi dalam pemerintahan Kerajaan.

Sehingga hari ini, walaupun penyokong Totok PKR tu bersetuju untuk menyertai Tun Mahathir yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri tetap menganggap kesilapan itu datangnya dari Tun sendiri.

Mesej yang disampaikan oleh puak - puak PKR tu sebelum ini cukup jelas. Yang perlu dijatuhkan bukan setakat Perdana Menteri. tetapi seluruh kepimpinan Barisan Nasional tu sendiri.

Bagi mereka, yang melantik Perdana Menteri hari ini juga bukan orang lain melainkan Tun sendiri dan Kerajaan hari ini hanya mewarisi corak kepimpinan yang diterajui oleh Tun sebelum ini.

Mereka masih lagi beranggapan bahawa Tun adalah merupakan individu yang perlu memikul tanggungjawab tersebut. Dan hasrat mereka bukan sekadar mahu menjatuhkan Perdana Menteri sahaja.

Sebaliknya, puak - puak PKR tu hanya sekadar bersetuju dengan Tun Mahathir demi mahu memenuhi niat mereka untuk menggulingkan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang ada hari ini.

Maka persoalannya sekarang, adakah Tun sedia untuk memenuhi tuntutan Pakatan Haprak tu, lebih - lebih lagi dari kalangan puak - puak PKR untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional dengan mengakui dosa yang telah dilakukan terhadap Si Ketua Penipu tu???

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.