Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Restoran Makanan Laut Pelangi

AMIE'S LITTLE KITCHEN
Restoran Makanan Laut Pelangi
Jom jalan-jalan cari makan bersama keluarga.
Kali ini kami berkesempatan menikmati hidangan di sebuat restoran makanan laut iaitu Restoran Makanan Laut Pelangi di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu, Sabah. Sebelum ini beberapa orang rakan pernah bercerita tentang hidangan di sini. 

Pelbagai jenis menu yang ditawarkan. Bukan hanya yang berasaskan makanan laut saja, tetapi macam-macam hidangan lain yang ada. 

Anak-anak dan Encik Suami memang tak boleh kalau tak makan nasi!
Apalagi... bukan seafood yang dipesan tapi nasi berlauk! Istimewanya sebab semua jenis lauk dimasak segar dan dihidang panas!

 Pesanan Encikk Suami : Nasi dengan lauk Ayam Goreng Telur Masin.

 Pesanan Fairuz : Ayam Goreng Black Pepper.

 Pesanan Fuad : Chicken Chop ... mengikut nama menu yang ditawarkan.

Dah semua pilih lauk ayam...kita pesanlah  satu menu yang berkuah-kuah... Tom Yam Seafood.

Ini kita punya ... Mee Claypot.
Mmmmm.... boleh tahan sedap juga makan di sini. Harganya pun mampu bayar untuk semua golongan. Dengan hidangan yang disajikan untuk kami anak-beranak serta minuman sekali, semuanya berjumlah RM50.00.
Kalau datang ke Lahad Datu, bolehlah singgah di restoran ini untuk makan. Nampak Restoran KFC, terus saja ke lorong belakang... anda akan ternampak Restoran Rahmat, dan kemudian jalan terus jumpalah restoran ini yang bersebelahan dengan Cafe Perdana.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.