Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Risda Buat Laporan Polis Berhubung Pecah Amanah Lebih RM15 Juta

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Risda Buat Laporan Polis Berhubung Pecah Amanah Lebih RM15 Juta
Zahidi, dengan laporan polis, serta lain lain pegawai Risda di luar balai polis Karamunsing Khamis
KOTA KINABALU (Bernama) -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) hari ini (Khamis) membuat laporan polis terhadap sebuah firma guaman atas dakwaan pecah amanah wang pendahuluan RM15,545,400 berkaitan cadangan pembelian 2,428 hektar tanah di Tongod, dua tahun lalu.

Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin bersama-sama pegawai undang-undang dan pegawai kanan Risda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini pada kira-kira 12 tengah hari.

Bercakap kepada pemberita, Zahidi berkata pihaknya telah menghantar notis meminta firma guaman berkenaan memulangkan wang pendahuluan itu memandangkan pembelian tanah terbabit tidak dapat diteruskan, namun sehingga kini tiada respons.

"Kami melihat mereka seolah-olah tidak berminat menyerahkan semula wang deposit itu dan kami beranggapan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah dan tindakan harus diambil," katanya.

Jelasnya, Risda membayar wang pendahuluan 10 peratus itu pada Julai 2014 melalui firma guaman yang dilantik itu bagi pembelian tanah bernilai RM155,454,000 di Tongod, kira-kira 265km dari sini, untuk tujuan penanaman getah sebagai usaha mengembangkan potensi pekebun kecil.

Bagaimanapun, katanya, Risda tidak jadi membeli tanah itu apabila dimaklumkan Pejabat Tanah negeri bahawa status geran tanah yang terletak di Sungai Pinangah dan Sungai Labau itu tidak boleh ditukar kerana ia adalah 'tanah pribumi'.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.