Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SURAT TERBUKA BUAT "PAKATUN" HAPRAK!!!

SEMUT HITAM
SURAT TERBUKA BUAT "PAKATUN" HAPRAK!!!
Oleh Muhammad HafizRayyan - Kelantangan Anwar Ibrahim dalam isu korupsi dan kronisma ketika di dalam UMNO menyebabkan beliau disingkirkan dari kerajaan secara zalim oleh Tun Mahathir dan dipenjarakan pada tahun 1999.

Bermula dari peristiwa ini membawa kepada munculnya gerakan reformasi pada 2 September 1998. Sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999 (kini Parti Keadilan Rakyat).

Kelemahan kepimpinan Datuk Seri Najib sepatutnya memberi kelebihan buat pembangkang untuk mengambil peluang ini. Malangnya pembangkang hari ini sudah berpecah dan tidak bersatu serta saling menyerang sesama sendiri.

Parti pembangkang dilihat gagal mencari kesepakatan bersama berbeza ketika Anwar Ibrahim mengetuai pembangkang disamping Nik Aziz yang turut bersama menjadi penggerak kepada perpaduan antara pemimpin dalam Pas, PKR dan DAP.

Pembangkang dilihat gagal mencari titik persamaan dan seolah memilih Tun Mahathir sebagai talian hayat akhir untuk menuju Putrajaya. Kita tidak lupa dengan nasib tiga Timbalan ketika Tun menjadi Perdana Menteri, Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim yang dibunuh kariernya.

Keluarnya Tun dari UMNO selepas kecewa dengan pentadbiran kerajaan yang diketuai Datuk Seri Najib Razak mengulangi sejarah ketika Pak Lah menjadi PM. Tun keluar UMNO pada tahun 2008 kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO yang diterajui Pak Lah.

Kemudian Tun sertai semula selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Persoalan yang timbul; adakah Tun buat untuk Malaysia atau demi kepentingan Tun sendiri? 

Jika untuk kepentingan Tun sendiri adalah lebih baik tidak ambil peduli. Sejarah kali ini berulang semasa Tun keluar dari UMNO ketika Pak Lah menjadi PM.

Kita sedia maklum Tun mendesak Najib untuk melepaskan jawatan dan bukannya Tun menentang UMNO berbeza dengan pembangkang yang mahukan perubahan secara total dan bukan hanya perubahan perdana menteri atau beberapa orang menteri yang ditukar ganti dan itu jelas matlamat pembangkang.

Selepas sidang media #SelamatkanMalaysia jelas menunjukkan Tun Mahathir bukan menentang BN tetapi Najib. Berbeza dengan pembangkang yang mahukan perubahan secara total serta transformasi terhadap demokrasi di Malaysia.

Perlu diingat, Najib menjadi PM atas percaturan Tun Mahathir. Kini Tun memulakan kempen menjatuhkan Najib. Kita bersorak girang dengan serangan Tun Mahathir. Tetapi yang menjadi persoalan; adakah kejatuhan Najib sebagai Perdana Menteri akan melemahkan BN atau menguatkan BN selepas ketiadaan Najib???

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.