Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Sheikh Dr A’idh Al-Qarni ditembak pelampau Syiah di Filipina

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Video Sheikh Dr A’idh Al-Qarni ditembak pelampau Syiah di Filipina
MANILA: Ulama terkenal warga Arab Saudi, Sheikh Dr A’idh Al-Qarni telah menjadi sasaran bunuh oleh dua orang pelampau Syiah 8.30 pm semalam waktu tempatan.

Kejadian berlaku ketika Sheikh A’idh berada dalam kereta selepas menyampaikan ceramah di sebuah universiti di bandar Zamboanga yang terletak kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan menaiki pesawat dari Manila.



Seorang penyerang dipercayai penganut Syiah warga Filipina telah dibunuh manakala seorang lagi telah ditangkap.

Mengikut kenyataan rasmi Kedutaan Arab Saudi di Filipina, Sheikh A’idh telah ditembak oleh penyerang yang mengekori rapat kereta yang dinaikinya.

Ulama yang terkenal dengan bukunya bertajuk ‘La Tahzan’ (Jangan Bersedih) itu cedera di bahu lalu dibawa ke sebuah hospital di Zamboanga.

Sheikh A’idh datang ke Filipina atas jemputan pertubuhan Islam tempatan.

Sejurus selepas kejadian, pihak kedutaan terus berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan menghantar pesawat khas untuk membawa Sheikh A’idh ke Manila bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Duta Arab Saudi telah menghubungi Sheikh A’idh melalui telefon dan beliau dalam keadaan baik, Alhamdulillah.

“Pengiring beliau juga dalam keadaan baik,” kata kenyataan itu lagi.

Sebuah portal berita Indonesia, www.lppipusat.com memetik seorang ulama Arab Saudi, Sheikh Salih Al-Munajjid bahawa kejadian itu didalangi oleh pelampau Syiah.

“Untuk pengetahuan umum, Syiah telah berkembang pesat di Zamboanga melalui kunjungan ulama dan pendakwah Iran,” kata laman web itu lagi.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.