CELAH GELEGAR
[19 SEPT 2015] Najib Razak melawat Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din IJN hari ini
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa melawat Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN), Kualal Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, melawat Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN), pagi Sabtu.
Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan melalui gambar yang disiarkan di laman Twitter dan Facebooknya, tengahari Sabtu.
"YAB PM sempat melawat Dato Ustaz Haron Din di IJN sebentar tadi (19/9/15).
"Didoakan moga segera sembuh, Insya'Allah," tulisnya.
Dilaporkan, Haron dimasukkan ke Unit Rawatan Komprehensif IJN pada Khamis lalu berikutan komplikasi jantung.

0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.