Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[BENCANA SELFIE] Bila Menunjuk-nunjuk 'DIHALALKAN', Lebih Ramai Akan MATI

CELAH GELEGAR
[BENCANA SELFIE] Bila Menunjuk-nunjuk 'DIHALALKAN', Lebih Ramai Akan MATI

NEW YORK 24 Sept. – Lebih ramai orang mati akibat mengambil gambar selfie berbanding mereka yang maut akibat dibaham ikan jerung pada tahun ini, menurut data terbaharu yang dikeluarkan sebuah portal media digital, di sini.

Menurut Data Mashable, menerusi data yang dikumpulkan me­reka, sebanyak 12 orang diketahui mati berkaitan dengan selfie, sama ada mereka terjatuh atau dilanggar kenderaan yang sedang bergerak semasa mereka mengambil gambar selfie.

Bagaimanapun menerusi data itu, yang diperoleh daripada maklumat dari seluruh dunia, hanya lapan orang maut akibat diserang jerung, lapor portal Mail Online. 

Pakar berpendapat, peningkatan kadar kematian akibat selfie adalah berpunca daripada sikap manusia itu sendiri yang secara sukarela meletakkan diri mereka dalam situasi berbahaya, semata-mata mahu menarik perhatian rakan mereka di media sosial.

Antara situasi berbahaya yang menjadi pilihan penggemar selfie adalah mengambil gambar dari ketinggian melampau dan bergambar bersama haiwan liar.


Kematian terbaharu akibat selfie melibatkan seorang lelaki Jepun berusia 66 tahun yang maut selepas terjatuh, sebelum diserang sakit jantung semasa mengambil gambar selfie di Royal Gate. 

Data Mashable menunjukkan, kematian paling tragik adalah melibatkan dua remaja Rusia yang maut ketika cuba mengambil gambar selfie bersama sebutir bom tangan dengan pin bom itu sudah dicabut.

Sementara itu di Rusia, kementerian dalam negeri mula mengambil langkah keselamatan dengan mengeluarkan risalah dan video yang menyatakan bahawa mengambil gambar selfie yang menarik boleh mengancam nyawa.

Video itu antara lain menasihati orang ramai supaya tidak bergambar bersama senjata atau memberikan aksi istimewa di hadapan se­ekor singa.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.