SEMUT HITAM
BERSEKONGKOL DENGAN DAPigs, PAS BANTAH DUTA CHINA!!!
Sama ada ianya hanya secara kebetulan Duta China tu turut serta dengan DAPigs turun ke Petaling Street membuatkan mereka marah atau mereka benar - benar nak buat bantahan, kita tak pasti la pulak.
Tapi apa yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh PAS hari ini memang dilihat senada dengan apa yang telah ditegaskan oleh mereka yang Pro Kerajaan sebelum ini terhadap tindakan Duta tersebut.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini mengeluarkan kenyataan menegaskan urusan hal ehwal dalaman Malaysia tidak boleh dicampuri oleh mana-mana pihak dari negara luar termasuk China.
Timbalan Ketuanya berkata, Malaysia tidak boleh membenarkan mana - mana pihak untuk mengambil kesempatan atas isu yang berlaku untuk mengundang ketidakstabilan dalam negara.
“DPPM bertegas supaya urusan hal ehwal negara tidak dicampuri oleh negara luar dan mengalu-alukan permohonan maaf daripada pihak kedutaan China bagi meredakan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.Muhammad Khalil dalam pada itu berharap Kementerian Luar bertindak segera untuk menyelesaikan isu campur tangan politik Malaysia oleh kerajaan China tersebut di meja rundingan dengan segera bagi mengelakkan ia berlarutan.
Kedutaan China di Malaysia mempertahankan lawatan Duta, Dr Huang Kui Kang ke Petaling Street baru-baru ini dengan menegaskan lawatan itu semata-mata sebagai lawatan muhibah.
Kerajaan Malaysia meminta Kedutaan China memberi penjelasan berkenaan lawatan Huang ke Petaling Street dan kenyataannya yang dianggap cuba mencampuri urusan dalaman negara ini.
Media pro-pembangkang sebelum ini melaporkan Kui Kang sewaktu hadir di Petaling Street menegaskan kerajaan China tidak akan membiarkan kaum Cina Malaysia ditindas dan dianiaya.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.