Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Duta China jangan campur tangan urusan dalaman Malaysia: Isma

CELAH GELEGAR
Duta China jangan campur tangan urusan dalaman Malaysia: Isma

BANGI, Sabtu – Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang tidak berhak campur tangan dalam urusan yang melibatkan kaum di negara ini, kata Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau menegaskan Isma memandang berat kenyatan Duta China tersebut lebih-lebih lagi apabila dia mengugut rakyat Malaysia agar tidak membuat apa-apa gangguan kepada orang Cina.

Hakikatnya, tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang mahu mengapa-apakan kaum Cina.

“Itu hanya persepsi. Apa-apa yang berlaku dalam negara ini adalah tanggungjawab pimpinan dan rakyat negara ini.

“Orang luar tak berhak campur tangan. Ini boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua negara,” tegasnya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Huang yang memberi isyarat kepada mana-mana pihak agar tidak mengganggu peniaga Cina di Petaling Street dan kepentingan mereka di negara ini.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak matang Haji Aminuddin berkata, apa yang diungkapkan Huang boleh menimbulkan ketakutan kepada bangsa Melayu.

“Ia seolah-olah China akan masuk ke negara ini jika berlaku ketegangan kaum dan kaum Cina seperti mempunyai Godfather yang beri pelindungan kepada mereka.

“Jadi pada saya Duta China ini harus diambil tindakan dengan menghantarnya pulang ke negara asalnya,” katanya. -ismaweb


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.