Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[ISU RUMAH PELACURAN SAIFUL NANG][ULASAN WARGA PRIHATIN] Catatan Jumrah Seorang FIRAUN

CELAH GELEGAR
[ISU RUMAH PELACURAN SAIFUL NANG][ULASAN WARGA PRIHATIN] Catatan Jumrah Seorang FIRAUN

TEGURAN CATATAN SISI GELAP HARAMAIN OLEH SAIFUL NANG

Ramai yang tertanya-tanya mengapa Warga Prihatin senyap sahaja tidak mengulas kontroversi isu yang terbit hasil tulisan SN ini. Sebahagian malah menganggap Warga Prihatin bersifat double standard.

Sebenarnya artikel ringkas itu dikeluarkan ketika kami sedang sibuk menguruskan Sekolah Alam AidilAdha anak-anak kami di Melaka. Anda sendiri lihat beberapa hari kami tidak sempat update status.

Sebaik sahaja mendapat tahu tentangnya, kami yang turut membaca juga 'sentap'. Sebelum isu ini menjadi hangat menyala lagi kami telah nasihatkan SN untuk segera buangkan posting itu. Malangnya ramai yang sudah print screen dan menyebarkannya.

NASIHAT UMUM

Kami nasihatkan SN bahawa tidak semua yang kita tahu boleh kita tulis dan dedahkannya secara terbuka. Ini bukan cerita betul atau salah tentang fakta yang kita tahu, tetapi lebih menyentuh tentang sensitiviti masyarakat dan pihak berkuasa yang terlibat.

Kami nasihatkan SN bahawa pendekatan beliau tidak bertepatan dengan sunnah Nabi SAW yang juga memerhati situasi yang sama. Baginda pernah cuba untuk mendedahkan segala sisi buruk itu secara umum namun ia tidak dapat diterima manusia.

Penguasa Mekah ketika itu adalah bapa-bapa saudara baginda sendiri. Baginda SAW sendiri pernah diberi kepercayaan memegang kunci Kaabah, namun baginda memutuskan untuk tidak meneruskan usaha memperbetulkan kepincangan itu secara terbuka apabila tidak nampak tanda penerimaannya.

Begitu juga dengan situasi kita sekarang. Dengan situasi akhir zaman yang begitu jelas tanda-tandanya, tidak mustahil semua perkara itu telah berlaku.

Apa yang diutarakan oleh SN itu pun bukanlah perkara baru. Ramai ustaz-ustaz yang telah menyuarakannya secara terbuka pun. Cuma mereka ada kekebalan status tersendiri untuk tidak dihentam. Isu yang sama juga banyak dikemukakan oleh pihak-pihak lain.

Hanya beberapa hari lepas, Ustaz Ahmad Jailani turut mendedahkan perkara yang sama. Beliau mengupas tajuk "Runtuhnya Kaabah Menjelang Kiamat". Sila ke minit ke 47 untuk isu ini.


Ada banyak juga artikel yang merujuk kepada isu ini. Diberitakan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi juga sedar dan sedang berusaha untuk menghapuskannya.


Soalnya sekarang, jika Rasulullah SAW yang memegang kunci kaabah dan penguasa ketika itu adalah sanak saudara baginda sendiri pun tidak mampu membetulkannya, siapalah kita orang biasa dan tiada kuasa pula?

APA TINDAKAN RASULULLAH MENGHADAPI ISU INI?

Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah Haramain yang menjadi tempat suci yang diagung-agungkan oleh umat Islam. Oleh itu ia tidak boleh disentuh atau dinampakkan keburukannya walau dalam keadaan atau menggunakan hujjah apa sekalipun.

Allah selaku Pemilik Kaabah juga menasihatkan agar kita jangan mencaci apa sahaja yang menjadi 'sembahan' manusia biarpun atas nama Allah (dengan BASMALAH). Akibatnya nanti basmalah itu sendiri akan dicaci oleh manusia yang jahil.

**************************

QS 6. Al An'aam 108. "Dan janganlah kamu memaki/mencaci sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki/mencaci Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat ‘menganggap baik’ pekerjaan m
ereka. Kemudian kepada Tuhanlah mereka akan dirujuk, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan".

****************************

Itulah yang sedang terjadi kini. Sebahagian besar umat Islam hari ini juga kurang kefahaman dan kesedaran tentang situasi "akhir zaman" yang telah Rasulullah SAW wasiatkan. Kebanyakannya tiada rujukan yang jelas lalu menyangka apa yang telah diusahakan oleh baginda dahulu akan kekal sampai bila-bila. Anggapan itu telah membuatkan mereka lalai, lalu memberikan peluang Dajjal untuk meneruskan propaganda dan agendanya bagi menghancurkan agama kita.

Nabi sendiri yang sentiasa dibimbing wahyu pernah cuba memperbetulkan keadaan secara terbuka. Akibatnya baginda dicaci di hina, malah dibaling baru dan pasir di kepala. Bapa saudara baginda sendiri mengancam bunuh terhadap baginda.

Oleh itu, Nabi SAW mengambil keputusan untuk meninggalkan Mekah, berhijrah ke Madinah secara baik dan senyap tanpa sebarang konfrantasi. Itupun masih tidak meredakan marah bapa saudara baginda si Abu Jahal. Selepas 2 tahun berhijrah, Abu Jahal sanggup berangkat sejauh dari Mekah ke Madinah untuk menyerang baginda.

NASIHAT KHUSUS UNTUK SAIFUL NANG

Apa yang ditulis oleh SN telah menyebabkan kerjabakti RPWP turut tercalar. Perlakuan yang sama pernah berlaku sebelum ini, iaitu ketika beliau hampir menamatkan ibadah hajinya tahun 2013 dahulu.

Bagi mereka yang mengatakan kami bersikap double standard bolehlah membaca artikel pengakuan yang beliau tulis sendiri sebelum ini.


Dalam kes ini juga begitu. Alhamdulillah SN telah mematuhi nasihat kami untuk memadamkan artikel kontroversi ini dengan serta merta. Namun kami masih merasakan yang SN perlu memohon maaf kepada pembaca, khususnya dari mereka yang kurang daya faham lalu telah terguris hatinya.

Terlalu banyak maklumbalas positif kiriman pembaca di inbox SN yang beliau kemukakan kepada kami. Ramai juga dari kalangan ustaz, juga para pelajar dan orang kita yang tinggal atau lahir di Mekah. Mereka membenarkan artikel SN namun tidak berani komen terbuka melihatkan kepada ‘gaya’ orang kita bertindak balas.

Lebih menarik apabila ada follower atau haters yang sudah diblok oleh SN juga turut memberi komen positif. Ianya jauh lebih berhemah dan sarat dengan fakta sohih. Jauh sekali bezanya dengan AKHLAK BURUK para pengkomen yang menghambur kata-kata KOTOR seperti orang mabuk, namun kebanyakannya tiada fakta.

SN minta pendapat untuk paparkan semua print screen dan hujjah balas dari mereka yang menyokong beliau dalam satu album khas. Atas alasan yang sama seperti di atas, kami nyatakan tidak bersetuju dengan tindakan itu bagi meredakan keadaan. Ada tawaran wawancara TV untuk membersihkan nama beliau juga kami mita beliau abaikan dahulu buat masa ini.

Isu ini bukan sahaja melibatkan sensitiviti orang awam, malah ia melibatkan hubungan baik kerajaan kita dengan kerajaan Saudi.

Kami juga tidak mahu pencerahan balas itu akan menyebabkan pertembungan pendapat, khususnya dari kalangan para ilmuan agama yang "ada nama". Ianya boleh menambah perpecahan di kalangan ilmuan agama kita yang sememangnya sudah sedia berpecah belah.

KESIMPULAN

Kami lebih mengenali hati budi sahabat kami ini berbanding haters, khasnya mereka yang hanya pandai memaki hamun dan mencarut tanpa ilmu. Kali ini kami nasihatkan SN agar membiarkan sahaja semua komen-komen itu agar masing-masing ada peluang untuk membaca semula ‘bahasa indah’ mereka untuk pelajaran 'anak cucu mereka' sendiri.

Inilah fenomena jahiliyah akhir zaman. Sedangkan YAB Perdana Menteri, DYMM YDP Agung, Menteri, bahkan para nabi sendiri pun dicaci maki, inikan pula SN selaku orang biasa.

SN sebelum ini memang seorang yang agak togho dan ego. Alhamdulillah, berkat berjemaah dan hidup bersama asnaf dan insan yang kurang bernasib baik, beliau kini mudah menerima nasihat dan sanggup merendah diri. Buktinya adalah pengakuan khilaf dan artikel istighfar “catatan jumrah seorang firaun” yang beliau tulis sendiri.

Untuk kes ini juga begitu. Atas dasar basmalah, beliau telah mengakui kesilapan itu dan memohon maaf. Apapun kami telah sarankan juga agar beliau nyatakan secara terbuka kerana banyak hati yang telah terluka dan tidak dapat menerima.

Insya Allah banyak hikmah dari khilaf beliau ini dan dengan permohonan maaf beliau itu, martabat SN akan ditinggikan di sisi Allah.

Tinggallah kita yang menfitnah beliau mencari pelacur, bahkan menggelar isterinya sebagai pelacur untuk 'MENELAN' apa yang kita fitnahkan. Semuga Allah memberi hidayah kepada kita semua untuk membuat islah/pembaikan dalam amal harian kita selepas ini.

Istighfar dari,
WARGA PRIHATIN

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.