Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[KEMTERIAN BERBEZA, ARAHAN BERBEZA] Semua Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, N. Sembilan DITUTUP ESOK Kecuali MRSM dibuka seperti biasa

CELAH GELEGAR
[KEMTERIAN BERBEZA, ARAHAN BERBEZA] Semua Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, N. Sembilan DITUTUP ESOK Kecuali MRSM dibuka seperti biasa

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Kesemua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tidak terlibat dengan arahan penutupan sekolah esok akibat jerebu. 

Mengesahkan perkara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu, sesi persekolahan berjalan seperti biasa, namun tiada aktiviti luar diadakan dan pelajar dibekalkan penutup hidung dan mulut serta air minuman. 

Sementara itu, Kertas peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadual esok (Isnin) ditangguh ke tarikh lain dan semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup esok. 

Timbalan Pengarah JAIS, Ahmad Zaki Arsad dalam satu kenyataan berkata tindakan itu berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan pada paras yang sangat tidak sihat hari ini. 

Beliau menjelaskan peperiksaan berkenaan hanya akan bermula pada Selasa ini menerusi kertas Bahasa Arab (Kod BA02) pada pukul 2.40 petang dan tarikh baharu bagi kertas pertama peperiksaan itu akan diumumkan semula dalam masa terdekat. 

Ahmad Zaki turut meminta semua pentadbir sekolah yang terlibat memaklumkan kepada kepada ibu bapa, calon PSRA dan pihak terlibat berhubung perkara itu secepat mungkin. 

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan tengah hari ini memaklumkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta di Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak diarah tutup esok berikutan bacaan IPU yang semakin buruk.

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di beri kuasa buat keputusan penutupan sekolah Daerah masing2

****************************************
Bermula esok, pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diberi kebenaran memutuskan penutupan sekolah sekiranya jarak penglihatan kurang daripada 500 meter.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebelum ini penutupan sekolah di kawasan yang dilanda jerebu hanya diputuskan apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 200, iaitu bacaan kualiti udara pada paras sangat tidak sihat.

"Saya telah berbincang dengan pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semalam dan memutuskan selain bacaan IPU, jarak penglihatan juga boleh diambil kira dalam menentukan penutupan sekolah.

"Maknanya, walaupun bacaan IPU masih di antara 100 ke 120, tetapi jarak penglihatan di sesuatu kawasan itu sudah di bawah paras 500 meter kita benarkan PPD dan Guru Besar membuat keputusan menutup sekolah," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.