Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khairuddin yang dalam Tahanan dimasukkan ke Hospital KL hari ini

CELAH GELEGAR
Khairuddin yang dalam Tahanan dimasukkan ke Hospital KL hari ini

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan yang kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau juga dikenali sebagai Sosma, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dimasukkan ke hospital hari ini.

Peguam Khairuddin, Matthias Chang (gambar) memberitahu Malaysiakini, ahli pernigaaan itu mengalami demam panas dan mungkin menghidap demam denggi.

"Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur hari ini. Dia disyaki mengalami denggi," katanya.

Menurut Chang, dia diberitahu tiada sesiapa dibenarkan melawat Khairuddin buat masa ini namun pegawai penyiasat kes berkenaan akan menghubunginya esok.

"Pegawai itu akan memaklumkan sama ada saya dan isteri Khairuddin (Datin Seri Umi Aida Rahmad) dibenarkan melawat," katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Khairuddin kini ditahan mengikut Sosma kerana disyaki melakukan aktiviti mengkhianati negara.

Melalui Sosma polis boleh menahan seseorang sehingga 29 hari tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi sebarang tuduhan.

Khairuddin sebelum ini membuat laporan polis di Switzerland, London, New York, Singapura dan Hong Kong berhubung skandal 1MDB.

Dia ditahan di rumahnya di Mont Kiara pada Jumaat minggu lalu dan polis mendapat kebenaran majistret mereman beliau selama enam hari mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas tuduhan mengancam demokrasi berparlimen.

Sehari sebelum tempoh reman berakhir semalam Khairuddin dibebaskan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta tetapi ditangkap semula mengikut Sosma. -MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.