Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysiakini: Pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah BATALKAN keputusan panggil duta China yang dibuat oleh Timb. Menteri Luar, Daruk Reezal Naina Merican

CELAH GELEGAR
Malaysiakini: Pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah BATALKAN keputusan panggil duta China yang dibuat oleh Timb. Menteri Luar, Daruk Reezal Naina Merican

Wisma Putra telah membatalkan untuk memanggil Duta China, Huang Huikang, ia dilaporkan dibatalkan oleh pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.
Akhbar harian Sin Chew melaporkan bahawa keputusan untuk memanggil duta China itu yang dibuat oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Reezal Naina Merican, telah dibatalkan oleh Hamzah.
Hamzah merupakan timbalan menteri luar sehingga rombakan kabinet Julai lalu, di mana beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Kenyataan Huang semasa melawat Jalan Petaling baru-baru ini dilihat sebagai campur tangan asing, dan telah mendapat bantahan dari pelbagai pihak. Malah banyak pihak meminta agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Duta China tersebut kerana seolah-olah cuba melibatkan diri dalam isu Petaling Street.
Sin Chew melaporkan Huang tidak menerima panggilan rasmi dari Wisma Putra, walaupun Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan akhbar semalam untuk mengesahkan ia memanggil duta itu untuk mendapatkan penjelasan.
China Press juga memetik sumber sebagai berkata, Huang tidak akan ke Wisma Putra di Putrajaya hari ini.
Huang dijadualkan untuk menghadiri satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.
Malaysiakini telah menghubungi Reezal dan Hamzah untuk mendapatkan respons mereka.
Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.