Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS PUN DAH PANDAI MERAJUK!!!

SEMUT HITAM
PAS PUN DAH PANDAI MERAJUK!!!
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) untuk bersama - sama dengan DAPigs dan Pengkhianat Amanah Negara (PAN).

Jangkaan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam satu kenyataan yang telah disiarkan hari ini berhubung kedudukan parti itu.

Dengan jangkaan keputusan PKR itu, beliau berkata, PAS berkemungkinan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) secara bersendirian menggunakan pengaruh dan kekuatan sendiri.
“PPP mengunjurkan PRU14 nanti adalah pertandingan pelbagai parti (multi parties system), di mana Pas akan muncul sebagai salah satu parti yang berpengaruh,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut menegaskan bahawa parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan mana - mana pihak bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Apa yang penting, katanya, pihak itu mesti menghormati dasar perjuangan dan menyokong usaha PAS menyuruh kebaikan (maaruf) dan mencegah keburukan (mungkar) demi kesejahteraan Malaysia.

Selain itu, apabila diminta mengulas mengenai pendirian DAPigs yang tetap tidak mahu menyertai gabungan Pakatan 2.0 sekiranya PAS menyertai gabungan itu, Dr Zuhdi menjelaskan;
“Pas Lebih teguh dalam keadaan seperti hari ini, iaitu tiada hubungan dengan DAP dan golongan yang selama ini cuba memesongkan jati diri perjuangan Pas telah keluar menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara),” katanya.
Dalam erti kata lainnya, PAS pun bukannya kebulur sangat nak sokongan dari puak - puak DAPigs yang sombong tak tentu arah tu. Jadi, tak payah la DAPigs nak tunjuk yang diorang bagus sangat dan berlagak macam 'Abang Besar' dalam Pakatan pulak!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.