Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGKHIANAT PUN PANDAI BERLAKON!!!

SEMUT HITAM
PENGKHIANAT PUN PANDAI BERLAKON!!!
Heh! Mengalahkan skrip yang pernah digunakan oleh Si Ketua Penipu tu pulak. Cuma kali ini ianya digunakan oleh pelakon yang memang pandai berlakon untuk meraih simpati dari kalangan rakyat.

Jika sebelum ini, Si Isteri telah memuat-naikkan status dalam laman Instagram dengan nada yang sama, seolah - olah mahu mendapatkan simpati terhadap nasib malang yang menimpa Si Suami.

Kali ini, diorang gunakan 'banner' atau 'Info Grafik' pulak untuk menyebarkan dakwaan KONONnya Si Pengkhianat tu telah dianiaya sehingga jatuh sakit secara tiba - tiba dan dikejarkan ke hospital.

Antara lain, mesej yang turut disampaikan didalam 'Info Grafik' itu juga turut memohon agar semua pihak berdoa agar Si Pengkhianat tu 'Selamat Dari Sebarang Penganiayaan'.

Hah! Kalau sekali tengok kan nampak sama seperti apa yang telah dilakukan oleh keluarga Si Ketua Penipu tu sebelum ini yang pernah mendakwa KONONnya dia telah disuntik dengan racun arsenik?

Pada ketika tu, keluarga Si Ketua Penipu tu turut membuat dakwaan KONONnya Si Ketua Penipu tu juga telah dianiaya dan disuntik dengan Virus HIV oleh pihak yang berkenaan untuk mengelirukan rakyat.

Apa yang dilakukan oleh keluarga Si Ketua Penipu tu dilihat seolah - olah nak menunjukkan yang pihak Kerajaan Malaysia ni kejam dan zalim sehingga sanggup mengambil tindakan sedemikian.

Ternyata, apa yang dilakukan tu semua hanya sekadar tindakan untuk mengelirukan rakyat dan meraih simpati supaya mereka melihat Si Pengkhianat tu menjadi mangsa 'Penganiayaan' pihak yang berkenaan.

Kalau betul Si Pengkhianat tu nak dianiaya, baik biarkan aje dia sakit kat dalam tahanan. Tak payah susah -  susah nak hantar dia ke Hospital untuk mendapatkan rawatan. Kalau dah dasar Penipu tu, maka Penipu la jugak!!!
PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana disyaki menghidap demam denggi. 
"Beliau ketika ini di bawah pemerhatian kerana disyaki menghidap demam denggi. Beliau tidak dibenarkan menerima pelawat dan saya akan tahu esok sekiranya saya boleh jumpa beliau esok," kata peguamnya, Matthias Chang.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.