Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[TELAH DITEMUI SELAMAT] Bekas Timbalan Menteri Pertahanan yang hilang ditemui dalam keadaan baik

CELAH GELEGAR
[TELAH DITEMUI SELAMAT] Bekas Timbalan Menteri Pertahanan yang hilang ditemui dalam keadaan baik

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan yang dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi di Bukit Tunku hari ini, telah ditemui jam 7.45 malam tadi. 

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sentul ACP Munusamy Ragasamy yang memberitahu Astro AWANI bahawa beliau telah dijumpai dalam keadaan yang baik di sebuah kompleks kondominium di Jalan Sultan Ismail. 

Sebelum ini, kehilangan Abdullah Fadzil yang juga bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu dimaklumkan oleh anaknya, Zadey Che Wan, melalui laman Facebooknya. 

"Ayah saya Abdullah Fadzil Che Wan, yang berumur 70 tahun, dengan ketinggian 160cm dan 65 kg, telah hilang di Bukit Tunku hari ini. 

"Beliau menghidapi Demensia. Jika anda tahu lokasinya, sila hubungi 0123359001 / 0163085773 / 0123013773 / 0193860085. Terima Kasih," kata kenyataan di Facebook itu. 

Turut disertakan alam kenyataan itu adalah sekeping gambar dengan butiran pakaian terakhir yang dipakainya, iaitu kemeja hitam, seluar senam dan kasut kulit berwarna coklat. 

Demensia merupakan gejala kemerosotan fungsi kognitif berkaitan daya ingatan.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.