Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[TERKINI] Datuk Jamal (Baju Merah) telah DITAHAN POLIS di bawah Seksyen 105

CELAH GELEGAR
[TERKINI] Datuk Jamal (Baju Merah) telah DITAHAN POLIS di bawah Seksyen 105

KUALA LUMPUR: Datuk Jamal Md Yunos ditahan pada jam 8.50 malam tadi di IPD Ampang Jaya di bawah Seksyen 105 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan di Petaling Street esok. 


Datuk Jamal Md Yunos telah memberi jaminan beliau tidak akan terlibat dalam protes yang didakwa akan berlangsung di Jalan Petaling, Kuala Lumpur esok. 

Sebelum itu, Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau masih lagi berada dalam suasana sambutan Hari Raya Aidil Adha dimana esok perlu menghadiri banyak program Korban di kawasannya. 

"Besok saya di Sungai Besar. Masih lagi sambutan raya, esok ada lagi acara korban, jadi saya langsung tidak akan terlibat dalam perhimpunan esok, Saya tidak akan hadir," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di Selangor malam ini. 

Beliau pada masa sama berharap tidak akan berlakunya sebarang perhimpunan dan rusuhan di Jalan Petaling. 

"Tidak ada kaitan saya, esok saya akan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua bahagian di Sungai Besar, kita ada banyak lembu yang dikorbankan. 

"Jadi saya berharap tidak akan berlaku sebarang perhimpunan dan rusuhan di Petaling Street dan khabar angin yang tersebar tidak akan berlaku," katanya. 

Beliau juga menegaskan kehadirannya di balai polis adalah berkaitan dengan laporan kes fitnah di laman sosial terhadap dirinya dan tidak ada kena mengena dengan perhimpunan di Jalan Petaling. 

"Saya dipanggil untuk beri kenyataan mengenai laporan fitnah terhadap diri saya dan keluarga. 

Protes baju merah dibatalkan esok, kata Ali Tinju 

Sementara itu, Presiden Persatuan Tentera Veteran Melayu Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju yang mengakui menjadi penganjur perhimpunan baju merah esok di Jalan Petaling di Kuala Lumpur mengumumkan pembatalan protes tersebut. 

Beliau berkata, keputusan untuk membatalkan protes tersebut diputuskan selepas disarankan pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun beliau berkata keputusan membatalkan hanya bersifat sementara untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu tuntutan hak peniaga Bumiputra di Jalan Petaling. 

"Setelah dinasihatkan oleh polis, jadi kita membatalkan saja dan ini bertujuan untuk memberi masa dan ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu di Jalan Petaling. 

"Tapi kita tidak jamin sekiranya masih ada protes esok cuma ianya bukan daripada pihak kita," katanya kepada The Malaysian Insider. 

Bagaimanapun beliau memberi amaran sekiranya pihak berkuasa gagal untuk menyelesaikan isu tersebut maka, gerakan baju merah tidak akan teragak - agak untuk menganjurkan protes semula. 

Beliau juga tidak menolak akan berlaku kekerasan dalam protes yang akan dianjurkan kelak. 

"Kita tidak akan berdiam diri? kalau masih gagal selesaikan masalah kita tidak akan dengar pihak berkuasa lagi, kita akan tetap adakan protes biarpun sekiranya dalam bentuk kekerasan," katanya kepada. – 25 September, 2015,TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.