SEMUT HITAM
(VIDEO) TAMPAR IMAM, APA KAITAN DENGAN POLITIK???
Ulasan dari seorang sahabat: Insiden kes Imam Masjid Negara ditampar oleh warga asing sewaktu menunaikan solat - Sesungguh Allah S.W.T memberikan kita hidayah dalam apa cara sekali pun.
Penjelasan dan laporan secara terperinci mengenai apa yang telah berlaku hari ini sudah pun dilaporkan oleh pelbagai pihak dan mendapat reaksi pelbagai dari masyarakat secara umumnya.
Cuma apa yang perlu kita renungkan ialah hidayah yang dapat diterjemahkan dalam insiden tersebut. Lihat bagaimana Imam tersebut tidak berganjak selepas beliau mengangkat takbir dan mengadap Allah S.W.T.
Walaupun diasak dan ditolak oleh lelaki warga asing itu, namun Imam tersebut tetap pada kedudukannya dan tidak berganjak sehinggalah lelaki warga asing itu menampar muka Imam.
Selepas ditampar, Imam berkenaan tetap bersabar dan tidak pula mengambil tindakan. Sebaliknya, makmum yang berdiri dibelakang tampil kehadapan dan mempertahankan Imam.
Demikian juga jika kita lihat kepimpinan kita hari ini. Saban hari Imam atau Ketua Negara kita diasak dengan pelbagai tohmahan serta dilemparkan dengan pelbagai fitnah oleh orang luar.
Sepatutnya, kita sebagai makmum yang berdiri dibelakang perlu mengambil tindakan mempertahankan pemimpin seperti mana yang dilakukan oleh makmum dalam insiden di Masjid Negara tu.
Tapi malangnya, takde dikalangan makmum ini yang berani mengambil tindakan sedemikian dan lebih rela membiarkan Imam itu bersendirian menghadapi segala serangan tersebut.
Tambah memalukan ialah apabila ada juga dikalangan makmum itu sendiri yang sanggup membuat dakwaan yang buruk terhadap Imam sedangkan mereka masih berada didalam saf.
Maka sama - sama la kita fikirkan. Adakah kita mahu istiqomah kita dalam perjuangan terus terhenti dan tidak dapat disambung semula hanya kerana kita enggan mempertahankan Imam? Atau sanggupkah kita jadi makmum yang setia dan berani tampil kehadapan? Sama - sama kita renungkan!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.