Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH HISHAMUDDIN JUGA TURUT DISIASAT???

SEMUT HITAM
ADAKAH HISHAMUDDIN JUGA TURUT DISIASAT???
Kalau dirujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO semalam, ada beberapa pemimpin yang sedang dipantau oleh Lembaga Disiplin. Terutama mereka yang Pro Tun Mahathir.

Jadi, adakah Naib Presiden UMNO ini juga turut menjadi salah seorang dari pemimpin - pemimpin yang disiasat oleh Lembaga Disiplin parti tersebut dengan kenyataan yang dikeluarkan?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Datuk Seri Hishamuddin menegaskan bahawa adalah tidak wajar bagi mana - mana pihak mendakwa Tun Mahathir sebagai Pengkhianat.

Walaupun tidak menafikan bahawa tuduhan serta dakwaan sebarangan yang dibuat oleh Tun selama hari ini mampu merosakkan parti, namun tidak sepatutnya Tun dilabelkan sedemikian.
“Kalau dari segi parti tidak ada (pengkhianatan). Juga tuduhan Mahathir juga bukan suatu perkara baru,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Majlis Pra-Pelancaran Malaysia United Run, pada Selasa.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, kritikan Dr Mahathir terhadap pemimpin dan UMNO boleh memecah belahkan parti.

“Ini (kritikan) tidak patut diteruskan sebegitu rupa atau tak patut dilayan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Ini kerana ia boleh memecah belahkan kita. Lebih-lebih lagi dalam parti. Kalau tanya dia memburukkan keadaan di parti, setakat ini saya rasa tidak,” katanya.
Pokok pangkalnya, UMNO perlu bersikap lebih terbuka dalam menerima sebarang kritikan dan komen yang diberikan. Jangan mudah sangat nak buat dakwaan dan melabelkan sesama sendiri.

Hakikatnya, tindakan seperti itu tidak akan mengukuhkan parti. Sebaliknya membuatkan parti dilihat semakin jumud dan tertutup dari sebarang kritikan yang diberikan oleh pelbagai pihak.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ni adalah membuktikan bahawa semua dakwaan yang dibuat oleh Tun terhadap kepimpinan UMNO tu tidak benar dengan berusaha mengukuhkan parti dan mengembalikan keyakinan rakyat. Bukan melabelkan dia sebagai Pengkhianat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.