Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AMANAH DIDAKWA KERJANYA JAGA PUNGGONG DAPigs!!!

SEMUT HITAM
AMANAH DIDAKWA KERJANYA JAGA PUNGGONG DAPigs!!!
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat berkata, Parti Amanah Negara telah mempromosikan DAP apabila mengangkat Lim Guan Eng sebagai tokoh dalam misi menawan Putrajaya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu juga turut berkata, sebagai sebuah parti Islam, PAS mempunyai prinsip mereka sendiri dari segi untuk memilih sama ada pemimpin mahupun ketua negara.
“Pertama saya nampak memang parti serpihan PAS ini menjadi pengikut kepada DAP, kerjanya mempromosi DAP dan memang tidak peliklah apabila saudara Salahuddin pun mempromosi Lim Guan Eng.“Kita (PAS) dalam kaedah Islam, ada prinsip kita, kekuasaan dan penguasaan mestilah didominasi oleh orang Islam…sebab ia bercanggah dengan Islam, tidak boleh kita jatuhkan seorang pemimpin Islam walaupun dia tidak mengikut Islam sepenuhnya digantikan dengan menteri yang bukan Islam,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Isnin.
Katanya lagi, masyarakat harus tahu tentang kaedah ini dan PAS sama sekali tidak akan memainkan isu pemimpin bukan Islam diangkat dan dijulang sebagai tokoh besar dalam masyarakat.
“PAS tidak akan memainkan isu ini, jadi inilah yang membezakan kita dengan parti-parti lain.“Saya tidak merasakan orang Islam akan menyokong (DAP), Melayu tidak akan menyokong DAP kerana DAP dilihat tidak menyokong isu-isu Islam, tidak memberikan sesuatu yang positif.“Ahli-ahli Parlimen DAP, saya tidak nampak mereka mesra pada Islam,” katanya.
Khairuddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bahawa Guan Eng adalah contoh tokoh politik mewakili masyarakat bukan Islam yang mampu menyelamatkan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis bersama pimpinan Pakatan Harapan di Klang, malam Ahad.

Ketika majlis itu, Salahuddin juga turut mengakui bahawa tidak ada jaminan untuk mereka bertanding atau menang dalam pilihan raya akan datang tetapi demi menyelamatkan negara, mereka sanggup ‘cari susah’ apabila bertindak meninggalkan PAS yang juga berada dalam keadaan susah.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.