Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AZMIN GEMBIRA TENGOK KAK WAN MENGGELUPOR???

SEMUT HITAM
AZMIN GEMBIRA TENGOK KAK WAN MENGGELUPOR???
Heh! Pelikkan. Dikala semua orang melihat bagaimana Si Wan Azizah tu menggelupor mencari alasan terhadap pertikaian yang dibangkitkan oleh DAPigs sebelum ini, lain pulak dengan Si Azmin.

Jika sebelum ini, DAPigs mempertikaikan kenapa Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri itu hanya dibawa oleh Ahli Parlimen PKR biasa dan bukannya Ketua Pembangkang.

Ekoran tindakan tersebut, maka macam - macam alasan dan spekulasi yang dibuat oleh kepimpinan PKR bagi menutup kemaluan yang telah didedahkan oleh puak - puak DAPigs tu.

Ada yang tampil membidas kenyataan yang dibuat oleh Si Tokong DAPigs tu dengan dakwaan bahawa dia Tidak Ada Kuasa untuk memberikan arahan kepada mana - mana Ahli Parlimen PKR.

Ada juga yang mendakwa kononnya kenyataan puak - puak DAPigs tu adalah tidak wajar memandangkan mereka kini berada didalam Pakatan dan sepatutnya bergerak sebagai satu unit.

Tapi lain pulak kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin ni. Dia pulak buat dakwaan KONONnya PKR ada 'Strategi Sendiri' dalam membawa usul tersebut ke Parlimen sebelum ini.
"Ini soal strategi yang kita harus atur dan susun dengan baik tapi ia akan memenuhi dan mematuhi peraturan Dewanlah.
"Kita sedar kita perlukan satu jumlah yang selesa untuk menjayakan usul ini dan kita sedang berusaha ke arahnya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas berakhirnya persidangan pada Selasa.
Pulak dah!!! Kalau PKR ada strategi tersendiri, kenapa sampai tahap mereka ditegur oleh 'Abang Besar' dalam Pakatan sehingga membuatkan Si Wan Azizah tu menggelupor tak tentu arah?

Adakah Si Azmin tu anggap DAPigs tidak layak untuk mengetahui 'strategi tersendiri' mereka sehingga menyebabkan parti itu mempertikaikan tindakan PKR yang membawa usul tersebut sebelum ini?

Agak - agaknya, apa dia 'strategi tersendiri' yang dimaksudkan oleh Si Azmin tu? Kalau ikut sentimen dikalangan rakyat, mereka melihat strategi PKR tu hanya sekadar wayang semata - mata. Bukannya diorang benar - benar serius nak bawak usul tersebut didalam Parlimen!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.