Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AZMIN MENANGIS JIKA PAS BERPAKAT DENGAN BN!!!

SEMUT HITAM
AZMIN MENANGIS JIKA PAS BERPAKAT DENGAN BN!!!
Heh! Mungkin Si Azmin tu ingat rancangan yang dia atur dengan mengadakan perbincangan bersama beberapa orang Ahli Parlimen Barisan Nasional tu dah terlalu 'Genius' gamaknya.

Mungkin Si Azmin tu ingat, rancangan yang dia buat tu mampu untuk mengatasi rancangan Genius yang telah dibuat oleh Si Rafizi tu sewaktu perlaksanaan agenda Langkah Kajang sebelum ini.

Dengan membuat pengumuman terbuka serta mengakui bahawa wujudnya perbincangan dengan ahli Parlimen BN, Si Azmin yakin usul Undi Tak Percaya terhadap Perdana Menteri tu akan berjaya.
"Saya tidak boleh mendedahkannya (berapa ramai) kini tetapi yang pasti ia sebagaimana diharapkan.
"Kita mesti mengambil kesempatan ini untuk meluahkan sentimen rakyat yang kita perlu kuat, kepimpinan baharu di Putrajaya," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.
Tapi Si Azmin tu tak tau bahawa kemungkinan dibelakang puak - puak Pakatan Haprak tu ada perbincangan lain yang sedang dilakukan tanpa sebarang pengakuan dilakukan secara umum.

Dengar katanya, sejak dari awal - awal lagi ada dikalangan ahli Parlimen PAS yang bersekongkol dengan ahli Parlimen Barisan Nasional berpakat untuk menggagalkan usul tersebut.

Dari sumber yang mendedahkan perkara tersebut, pakatan sedemikian memang sengaja tidak diwar - warkan kerana takut ianya akan merosakkan agenda asal mereka untuk memalukan Pakatan Haprak tu.

Sekiranya benar pakatan sedemikian wujud dikalangan ahli Parlimen PAS dan juga Barisan Nasional, kita tak terkejut sangat bila melihat hasil undian yang dilakukan terhadap Lim Kit Siang semalam.

Sudut yang dibangkitkan oleh Dr Asyraf Wajdi mengenai kewujudan 10 undi lebih yang meluluskan usul menggantung Veteran DAPigs tu kemungkinan datangnya dari PAS memang masuk akal.

Tapi, sekiranya benda tu benar - benar berlaku sekali pun, sudah pasti PAS akan menafikannya. Waima ada pembelot dikalangan puak - puak PKR tu pun, dah tentu diorang takkan mengaku. Jadi, jangan la Si Azmin tu rasa yakin sangat dengan perancangan sulit dia!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.