CELAH GELEGAR
{BAJET 2016} MP Pembangkang Ramai-Ramai Angkat Plakad "MANA 2.6 BILION" Dalam Dewan Selepas Najib Habis Bentang Bajet 2016
Anggota parlimen pembangkang hari ini menyambut pembentangan belanjawan 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempamerkan plakad bertulis “mana 2.6 bilion?”
Ia bertujuan menyindir isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib yang juga menteri kewangan.
Tulisan itu dipamer selepas Najib selesai membentangkan belanjawan 90 minit, yang dikira ringkas berbanding sebelum-sebelum ini, kira-kira jam 5.45 petang tadi.
Najib hari ini membetangkang belanjawan bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat'.
Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa anggota parlimen bagaimanapun tidak mengangkat plakad itu. -MK
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.