CELAH GELEGAR
Datuk Jamal BANTAI Nazri: "Nazri Tak Tau Gerakan Jatuhkan Muhyiddin Sebab Dia Tak Bergaul, rasakan Dirinya Sangat Hebat"
Nazri tak tau sebab dia tak bergaul – Dato Jamal
Dato Jamal Yunos mengaku wujud gerakan menjatuhkan Muhyiddin Yassin oleh ahli UMNO dan Nazri Aziz tidak tahu kerana tidak sertai 'group telegram' kumpulan UMNO terbabit.
nazri-aziz_jamzl_muhyiddin_600
nazri-aziz_jamzl_muhyiddin_600
PETALING JAYA : Datuk Jamal Md Yunos mempertahankan dakwaan yang dibuat olehnya bahawa wujud gerakan untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata, Datuk Seri Nazri Aziz sememangnya tidak tahu gerakan menjatuhkan Muhyiddin kerana Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu tidak ada dalam ‘group telegram’ ahli UMNO yang terlibat dalam gerakan itu.
“Soal dia (Nazri) tak tahu tu sebab dia tidak ada dalam group telegram kerana dia tak mahu bercampur dengan kami. Sebab dia (Nazri) merasakan dirinya sangat hebat,” katanya kepada FMT pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nazri bahawa Jamal bukan individu penting sehingga mampu untuk menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Mengulas lanjut, Jamal mengaku dirinya bukan individu penting seperti dikatakan Nazri itu.
“Memang saya tidak penting dalam parti. Tetapi jika saya sebagai Ketua UMNO Bahagian yang menyuarakan pendapat dikatakan oleh Nazri tak penting, maksudnya ahli-ahli UMNO dalam Malaysia ini semua tak penting.
“Jadi Nazri ini dapat jawatan daripada mana? Dari sokongan orang bulan? Adakah daripada sokongan orang bunian? Daripada jin mana dia dapat sokongan? Kalau saya sebagai Ketua UMNO Bahagian tak penting, jadi ahli-ahli lain?,” soalnya.
Jamal berkata, Nazri mengeluarkan kenyataan seperti itu disebabkan beliau tidak pernah bertanding dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
“Nazri ini seorang yang mendapat jawatan yang tidak pernah bertanding. Dalam MT pun tak pernah bertanding, dia hanya dipilih dan dilantik untuk penuhi kuota,” katanya.
Jamal juga mengambil peluang membidas Nazri yang lebih rela merasmikan program DAP daripada menghadiri program anjuran UMNO.
“Dia datang kat Bahagian saya pun dia rasmikan program DAP bukan program UMNO. UMNO jemput dia tak datang tapi DAP jemput dia datang,” katanya yang merujuk kepada program pelancongan di Sekinchan.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.