SEMUT HITAM
DULU FITNAH ORANG, SEKARANG ORANG FITNAH DIA PULAK!!!
Memang malang sungguh nasib Si Chagubard ni. Tapi memang itulah balasan yang sepatutnya dia tanggung apabila selama hari ini suka sangat dia menabur fitnah terhadap orang lain.
Dulu, dia juga yang sebarkan fitnah terhadap YAB Perdana Menteri dan juga isteri mengenai cincin yang berharga berpuluh juta tu demi untuk memburukkan imej mereka dimata rakyat.
Sekarang dia pulak yang difitnah telah diupah dan dibayar oleh pihak tertentu untuk menghuru - harakan PKR dengan mencipta persepsi buruk terhadap kepimpinan parti tersebut.
Terutama sekali dakwaan yang dia buat terhadap kewujudan parti serpihan dan perpecahan dikalangan pemimpin - pemimpin PKR itu berkaitan Pakatan Haprak Baru tu semakin menjadi kenyataan.
Sekarang, baru la sibuk Si Chagubard tu nak meroyan tak tentu arah mendesak agar pihak yang membuat tuduhan tersebut tampil membuktikan dakwaan yang dilakukan terhadap dirinya.
Dulu, masa dia tabur fitnah terhadap YAB Perdana Menteri dan juga isteri, orang cabar dia kemukakan bukti. Tapi dia hanya tampil dengan screenshot Kastam yang sengaja direka - reka.
Jadi, jangan pelik la kalau selepas ini, ada pulak dari kalangan puak - puak PKR tu yang akan tampil dengan dokumen palsu serta akaun bank tipu untuk membuat tuduhan terhadap dia. Lagi pun, benda macam tu memang dah jadi kebiasaan diorang!!!
KUALA LUMPUR: Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mencabar Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendedahkan pihak yang didakwa menajanya untuk mengkritik kepimpinan parti.Katanya, Timbalan AMK Selangor, Zainol Abidin perlu membuktikan dakwaan itu kerana seluruh negara telah tahu dakwaan yang dibuatnya itu.“Saya cabar Zainol untuk dedah pemimpin yang bayar saya itu.Sekarang ini peluru ditentukan mereka…Siapa yang bayar saya, itu saya nak Zainol jawab,” katanya sambil menegaskan tiada mana-mana pihak menajanya untuk menyerang pemimpin PKR.Pada masa sama, Chegubard berkata, dia tidak gentar dikenakan tindakan disiplin tetapi perlu diadakan siasatan menyeluruh dan telus.“Saya sedia disiasat dan saya percaya, Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab Hadi sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin cukup waras dan matang untuk membuat keputusan demi kepentingan parti,” katanya.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.