Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KHALID SAMAD 'SANGAP' NGAN 'JANDA LAMA'!!!

SEMUT HITAM
KHALID SAMAD 'SANGAP' NGAN 'JANDA LAMA'!!!
Hahaha!!! Lawak betul tengok gelagat Si Khalid Samad ni bila dia meroyan tak tentu arah dan mendesak agar puak - puak PAS tu menyatakan pendirian mereka secara terang - terangan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Khalid Samad tu kelihatan seolah - olah seperti 'Panas Punggung' apabila dia mengulas pendirian yang telah dinyatakan oleh Hadi Awang.

Kata Si Khalid Samad, PAS perlu menyatakan pendirian mereka dan membuat pilihan sama ada mahu kekal untuk Pembangkang atau memihak kepada parti Kerajaan Barisan Nasional.
"Mereka perlu menyatakan hala tuju parti, sama ada mereka mahu perubahan dalam kerajaan atau kekal dalam pembangkang dan pada masa sama mempertahankan Barisan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.
Ternyata, kenyataan Si Khalid Samad tu jelas mempertikaikan pendirian PAS yang sebelum ini menegaskan bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan agresif terhadap musuh Politik mereka.

PAS dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS semalam menjelaskan bahawa parti itu akan kekal sebagai Pembangkang dan mengambil penekanan untuk 'Menerang' dari 'Menyerang'.


Walaubagaimana pun jika dilihat dari satu sudut, gesaan dan desakan yang dibuat oleh Si Khalid Samad tu nampak tak relevan kerana dia jelas tidak ada sebarang kaitan dah dengan PAS.

Sama ada dia dalam PAN atau pun didalam Pakatan Harapan, PAS tidak ada sebarang kaitan pun dengan Si Khalid Samad tu. Jadi, kenapa pulak dia nak meracau macam orang yang disampuk setan?

Kalau sekali pandang, tindakan mempertikaikan pendirian PAS yang dilakukan oleh Si Khalid Samad tu seolah - olah macam dia tu 'sangap' sangat pada 'Janda Lama' dia pulak dah gayanya.

Suka hati la PAS nak ambik tindakan apa sekali pun. Sama ada diorang nak sokong Barisan Nasional ke, atau nak terus jadi Pembangkang didalam Parlimen ke, itu diorang punya pasal la. Yang Si Khalid Samad tu sibuk sangat nak Panas Punggung pasal apa!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.