Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lelaki tampar pencuci kereta Bangladesh DITAHAN POLIS

CELAH GELEGAR
Lelaki tampar pencuci kereta Bangladesh DITAHAN POLIS
KUALA LUMPUR, 19 Oktober:
Seorang ahli perniagaan ditahan, selepas dipercayai menampar seorang pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Rozi Jidin berkata, suspek ditahan malam tadi di sekitar kawasan Kampung Baru Subang.

Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu akan direman pagi ini untuk siasatan.

“Siasatan akan diteruskan, selepas tempoh reman diperolehi pagi ini,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan kecederaan.
Ia susulan laporan yang dibuat pemilik premis cuci kenderaan itu di Balai Polis Brickfields, pada pagi semalam.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis itu yang mula menjadi viral di media sosial, menunjukkan pekerja dari Bangladesh yang baru tiga bulan bekerja di sana, diserang seorang pelanggan lelaki.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, hidung mangsa dikatakan patah, selepas dibelasah suspek, kerana didakwa mengotori kenderaannya.

Pemilik premis cuci kenderaan yang terletak di Subang Perdana itu, Haziyati Abdul Hamid dipetik akhbar Sinar Harian sebagai berkata, pekerjanya yang bernama Shian itu masih trauma, akibat insiden berkenaan.

Jelasnya, selepas menampar mangsa, pelanggan terbabit membelasah Shian di belakang kedainya, namun CCTV di belakang tidak berfungsi, tetapi tompokan kesan darah jelas kelihatan di lantai.

Pautan video:
-therakyatpost.com

1 comments:

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan










Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.