Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[MAHU JADI APA? TAAT ATAU MENDERHAKA] Apakah 1MDB juga MAHU BIDAS teguran Raja-Raja Melayu?

CELAH GELEGAR
[MAHU JADI APA? TAAT ATAU MENDERHAKA] Apakah 1MDB juga MAHU BIDAS teguran Raja-Raja Melayu?

BANGI, Rabu – Ramai yang sedang menunggu adakah pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan membidas pendapat raja-raja Melayu yang mengulas mengenai syarikat pelaburan negara dibebani hutang itu.
Ini kerana, 1MDB sebelum ini kerap membidas teguran yang dibuat oleh pihak lain, termasuk kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kini, raja-raja Melayu pula menyatakan kerisauan yang sama bahawa kegagalan kerajaan memberikan jawapan yang menyakinkan mengenai 1MDB.
“Apakah 1MDB akan mengeluarkan kenyataan untuk membidas pendapat raja-raja Melayu dan Kementerian Kewangan pula akan terus membisu terhadap saranan baik daripada raja-raja Melayu?,”kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sehubungan dengan teguran Raja-Raja Melayu itu, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak digesa menghidupkan semula Pasukan Penyiasat Khas 1MDB yang dibubarkan baru-baru ini.
Pasukan ini mesti dibenarkan menjalankan siasatan tanpa rasa takut, pilih kasih dan diganggu.
Sebelum ini, sebuah Pasukan Siasatan Khas ditubuhkan dianggotai Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kes 1MDB dan wang berjumlah RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib.
Bagaimanapun, selepas beberapa penemuan memeranjatkan hasil siasatan itu, Peguam Negara yang baharu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail, mengumumkan pembubaran pasukan.
Semalam, Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan yang mahukan kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.
Dalam satu kenyataan, Raja-Raja Melayu menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
“Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran,” kata kenyataan itu.
Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara, semalam.
Antara lain kenyataan itu menyebut:
“Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.
“Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia.”
Hari ini Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-239 di Istana Negara. -ISMAWEB

Lagu Hantu atau Buaya hanya sekadar untuk hiburan:

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.