Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAMPU KE AZMIN DITENDANG DARI JADI MB???

SEMUT HITAM
MAMPU KE AZMIN DITENDANG DARI JADI MB???
Nampak gayanya, kemungkinan Si Azmin tu bakal berhadapan dengan usul Undi Tidak Percaya dalam sidang DUN akan menjadi kenyataan apabila spekulasi tu mula hangat diperkatakan.

Kalau biasanya, perkara itu kata mereka hanya dimainkan oleh media dan juga Cybertrooper UMNO sahaja. Tapi bagaimana pulak kalau blog Pro Pakatan buat cerita yang hampir sama?

Dalam satu blog mereka hari ini, jelas persoalan mengenai perkara itu dibangkitkan terutama mengenai isu pembinaan 3 buah lebuhraya bertol yang dilaksanakan oleh Rejim Pakatan Selangor.

Mereka memberikan pandangan, kenapa perkara yang sedemikian serius perlu disoal oleh Si Wan Azizah kepada Azmin sewaktu dalam sidang DUN sedangkan dia merupakan Presiden PKR?
"Sebagai Presiden parti patutnya Dr. Wan Azizah pada bila-bila masa boleh panggil Azmin ke pejabat presiden untuk bagi penjelasan, tambahan pulak Dr. Wan Azizah kata dia minta jelaskan kepada parti.
Awat hebat sangat ka Azmin tu sampai Presiden parti pun takdak kuasa ke atas Azmin sampai macam tu sekali?" soal blogger tersebut.
Selain itu, blogger tersebut juga turut mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh Rafizi berhubung isu yang sama dan mendakwa Si Azmin tu telah melakukan satu kesalahan besar.
"Sebagai Timbalan Presiden patutnya Azmin yang bersungguh-sungguh pertahankan dasar dan ketetapan parti tapi bila dia sendiri langgar memang sepatutnya PKR ambil tindakan termasuk sampai tahap pecat Azmin macam yang PKR buat kepada Khalid Ibrahim sebelum ni," jelas blog tersebut lagi.
Malah blog tersebut juga turut mempertikaikan tindakan Azmin yang sehingga hari ini dilihat tidak mengiktiraf pembentukan Pakatan Harapan tanpa PAS dalam Rejim Pakatan Selangor.

Maka persoalan yang dibangkitkan, mampu ke PKR nak singkirkan Si Azmin tu sebagai Menteri Besar? Atau Si Azmin tu sekarang ni dah mempunyai kuasa lebih besar dan mampu mengatasi Si Wan Azizah tu selaku Presiden parti? Itu korang fikir la sendiri!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.