Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MB CAP AYAM MAKIN GARANG!!!

SEMUT HITAM
MB CAP AYAM MAKIN GARANG!!!
Wow, Takutnya! Nampak macam garang betul Si Menteri Besar Cap Ayam tu sekarang semenjak dia didakwa menjadi dalang disebalik usaha konspirasi untuk menggulingkan Presiden PKR secara subversif.

Hanya kerana ada beberapa pihak yang mendedahkan kemungkinan berlakunya perpecahan dikalangan puak - puak PKR tu mampu membuatkan dia mula hilang sabar dan mudah melenting.


Mungkin itu semua boleh kita anggap sebagai 'Kesan Sampingan' ekoran Si Menteri Besar Cap Ayam tu tak cukup tido kot. Mungkin sebab itu la dia mudah sangat melatah tak tentu arah.

Yang herannya, kenapa pulak Si Menteri Besar Cap Ayam tu nak marah macam orang hilang akal bila ada pihak yang membuat kesimpulan sedemikian berdasarkan kepada senario semasa?

Nak pulak kalau yang membuat kesimpulan tu terdiri dari kalangan 'Musuh - Musuh' dia yang selama ini cuba nak mendedahkan agenda sulit yang sengaja disembunyikan dari orang luar.

Persoalannya, adakah ianya menjadi satu perkara HARAM apabila ada yang membuat kesimpulan, mendedahkan kemungkinan berlakunya perpecahan dikalangan PKR pada ketika ini?

Dengan menyifatkan Si Khalid Ibrahim tu sebagai 'Orang Luar' dalam satu kenyataan semalam, adakah ianya dapat menafikan dakwaan bahawa kepimpinan PKR pada ketika ini sedang hangat bergolak secara dalaman?

Kalau kita melihat dari satu sudut, jelas kenyataan Si Menteri Besar Cap Ayam tu hanya sekadar cuba nak menutup kemaluan diri dia sendiri dengan menegakkan benang yang basah.

Dan jika kita baca kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu, nampak sangat seolah - olah dia cuba nak menghalang Kebebasan Hak Bersuara dikalangan rakyat Malaysia.

Tinggal lagi perkara tu memang dah jadi kebiasaan dikalangan puak - puak PKR tu. Kalau diorang hentam orang lain dengan pelbagai tuduhan, itu diorang anggap sebagai Kebebasan Hak Bersuara. Tapi kalau kena batang hidung sendiri, macam - macam la dakwaan yang diorang buat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.