Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[NAK KATA KERJASAMA PON TAKUT] SU Politik Presiden Pas: "PAS Terima Kunjungan PERKASA Bukan Kerjasama"

CELAH GELEGAR
[NAK KATA KERJASAMA PON TAKUT] SU Politik Presiden Pas: "PAS Terima Kunjungan PERKASA Bukan Kerjasama"

Berita Harian, Malaysiakini dan Malaysiainsider menyatakan PAS dengan rasminya bekerjasama dgn PERKASA. Itu salah dan tidak betul sama sekali.

PAS hanya menerima kunjungan hormat dari PERKASA di Pejabat Agung PAS dan hasil pertemuan PAS dan PERKASA bersetuju mengenai 3 perkara berikut :

1) Isu 1MDB
2) Bantah SOSMA
3) Bantah TPPA

Tiada sebarang perbincangan mengenai kerjasama rasmi. Sekian Terima kasih.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS


[ARTIKEL BERKAITAN:  Demi kepentingan Melayu-Islam, Perkasa dan PAS jalin kerjasama]


Berikut adalah laporan sebelum ini yang tidak menyebut kerjasama rasmi:
 
PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) hari ini memeterai kerjasama secara terbuka membabitkan isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan kerjasama antara parti Islam itu dengan Perkasa melibatkan 3 perkara, iaitu menyambut baik titah Majlis Raja-raja Melayu berkenaan isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, PAS dan Perkasa menggesa pihak berkuasa membebaskan bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dan peguamnya, Matthias Chang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma 2012, serta meminta Putrajaya benar-benar telus dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). 

"Kami memandang berat penggunaan Sosma yang disifatkan penyalahgunaan kuasa dan boleh memberi kesan kepada kestabilan negara dan bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan," kata Hadi pada sidang media bersama Perkasa di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

"Isu TPPA adalah isu kepentingan rakyat dan negara, dan pihak kerajaan tidak harus bersandiwara dan hendaklah berlaku setelus-telusnya," kata Hadi.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.