Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nasi Kerabu Biru

AMIE'S LITTLE KITCHEN
Nasi Kerabu Biru
Nasi Kerabu memang sedap. 
Kalau malas nak buat, beli saja di gerai.
Boleh pilih lauk-pauk pilihan.
Tapi itu kalau anda berada di tempat kita sendiri....


Di LD, ada juga peniaga nasi kerabu dari Kelantan, tapi bahan-bahannya tidaklah semeriah yang pernah Amie jumpa di negeri Kelantan, atau di pasar-pasar malam sekitar Kuala Lumpur (sewaktu Amie menuntut di Universiti Malaya suatu ketika dahulu).
Jadi, Amie jangan banyak songel....!
Nak penuhi selera, kenalah masak sendiri. Lagipun bukan tak pernah buat sebelum ini. Boleh klik DI SINI untuk melihat resepi yang lalu.
Memang proses penyediaannya agak remeh, tapi hasilnya berbaloi-baloi!


Bahan untuk nasi:
4 cawan beras wangi
10 kuntum bunga telang - masak bersama 4 cawan air dan tapis
3 helai daun limau purut - siat-siat

Cara:
1. Campurkan beras, daun limau purut dan air bunga telang ke dalam rice cooker.
2. Tekan suiz dan biarkan masak seperti nasi biasa.


Sambal Kelapa
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung- saiz besar
1 cawan kelapa parut
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 batang serai
1cm halia
1/2 sudu teh lada putih - tumbuk

Cara:
1. Bersihkan ikan dan bakar. 
2. Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. 
3. Tumbuk kelapa supaya kelihatan lebih halus. 
4. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan sehingga halus halus. 
5. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. 
6. Campur sekali ikan dan bawang, dan goreng tanpa minyak sehingga agak garing. 
7. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan lada putih, garam dan gula. Gaul hingga sebati. 


Budu Tumis
Bahan-bahan:
10 biji cili kering
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
200ml santan pekat
2 batang serai
2 keping asam gelugur
1 cawan budu 
garam dan gula melaka
minyak

Cara: 
1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Tumis kesemua bahan di atas sehingga pecah minyak.


Solok Lada
Bahan-bahan:
10 biji lada hijau (kalau tak ada hijau, merah pun boleh) - belah dan buang biji 
1 cawan kelapa parut putih
4 biji bawang merah
1.5 cm halia
sedikit lada hitam
2 ekor ikan kembung saiz besar - ambil isi sahaja
sedikit garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Tumbuk bawang, lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
2. Campurkan dengan kelapa parut dan sebatikan.
3. Sumbatkan ke dalam lada. 

4. Kukus hingga masak.



Lauk-pauk dan bahan sampingan untuk Nasi Kerabu:
ikan goreng salut tepung
keropok ikan
telur masin
pelbagai hirisan sayur-sayuran seperti kacang panjang, kubis, taugeh, serai, bunga kantan dan sebagainya.

Dulu pernah tanam pokok bunga telang, tapi Encik Suami tebang sebab katanya pokok telang terlalu subur sampai menjalar ke pagar jiran. Sekarang kalau nak masak nasi kerabu terpaksalah Encik Suami tolong carikan bunga telang.... entah dari mana! Katanya, ambil di rumah kawan. Bukan sekali dua, banyak kali juga kalau kita minta carikan bunga telang, pasti dibawah pulang satu kantung kecil berisi 30-40 kuntum..... kita bukan nak pakai banyak pun, sikit jew buat warna nasi tu! Kadang-kadang lebihnya kita simpan atau keringkan untuk digunakan pada masa yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.