Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NIAT PKR MEMALUKAN HADI AWANG TERKUBUR!!!

SEMUT HITAM
NIAT PKR MEMALUKAN HADI AWANG TERKUBUR!!!
Akhirnya, kebenaran juga yang dapat membuktikan bahawa puak - puak PKR tu yang sengaja nak memburukkan imej serta mencemar nama baik Si Hadi Awang ni secara terbuka.

Jika sebelum ini, kepimpinan PKR dilihat hanya sekadar 'Lepas Tangan' dalam isu berkaitan dengan tindakan saman fitnah yang difailkan oleh salah seorang calon parti tersebut.

Malah kepimpinan PKR juga turut dilihat tidak ikhlas dalam usaha untuk menghentikan fitnah tersebut dengan membiarkan isu itu mengheret Presiden PAS sehingga ke mahkamah.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila kepimpinan PKR turut tidak mengambil tindakan disiplin dengan memecat keahlian individu yang telah memfailkan saman tersebut.

Dalam perkembangan terbaru, mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan menolak saman fitnah yang difailkan oleh ahli PKR itu terhadap Hadi Awang pada 22 April 2013 yang lalu.

Keputusan tiga panel hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan rayuan dalam usaha ahli PKR tu untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 16 Disember tahun lepas menolak saman fitnah Shamsul terhadap Abdul Hadi dan Mahkamah Rayuan pada Mei lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel itu turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Ahli Parlimen Marang berkenaan.

Ahli PKR tu mengambil tindakan terhadap Hadi Awang selepas mendakwa Presiden PAS itu mengeluarkan kenyataan fitnah semasa berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang.

Dalam tuntutannya, Ahli PKR itu mendakwa ucapan Hadi Awang itu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon pilihan raya dan ahli perniagaan.

Mahkamah Tinggi ketika menolak saman yang difailkan oleh Ahli PKR itu memutuskan bahawa plaintif GAGAL membuktikan bahawa kata-kata yang didakwa merujuk kepada dirinya sendiri.

Dalam erti kata lainnya, usaha ahli PKR tu nak mendakwa Presiden PAS tu menabur fitnah terhadap diri dia tidak kesampaian. Sebaliknya, usaha itu bukan hanya sekadar memalukan ahli PKR itu sahaja, tetapi turut membuka pekung kepimpinan PKR tu sendiri!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.