SEMUT HITAM
PAHANG SOKONG MUFTI, ADUN DAPigs BILA NAK SAMAN!!!
Kerajaan Negeri Pahang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam menyatakan sokongan penuh tanpa ragu kepada Mufti Negeri yang mempertahankan isu khutbah Aidiladha baru - baru ini.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar Pahang melalui status yang dipaparkan melalui laman media sosial Facebook serta akaun twitter semalam.
Sambil menjelaskan bahawa khutbah itu merupakan salah satu Rukun bagi Solat Sunat Aidiladha, YAB Menteri Besar Pahang turut menegas ianya tidak lari dari landasan yang disebut.
"Khutbah merupakan satu amanat yang dibaca kepada Ahli Jama’ah untuk ingat dan mematuhi titah perintah Allah, berselawat ke atas Rasulullah dan menurut Sunnah Baginda serta mengingatkan Ahli Jamaah dan Umat Islam mengenai kehidupan dan kejadian seharian supaya boleh menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Salah satu intipati ialah pentingnya umat Islam hidup bersatu padu serta harmoni antara satu sama lain," jelas kenyataan tersebut.Selain itu, kenyataan itu juga turut mengucapkan tahniah kepada YBhg. Mufti Pahang serta Jabatan Agama Islam Pahang kerana telah menyediakan khutbah yang begitu padat dan penuh bersemangat.
Jesteru itu, Kerajaan Negeri dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang menyatakan sokongan penuh kepada Mufti Pahang dalam mempertahankan isi kandungan khutbat tersebut.
"Sokongan Kerajaan Negeri adalah termasuk dan meliputi menyediakan pasukan peguam mempertahankan Mufti jika hal ini dibawa ke Mahkamah oleh mana-mana pihak yang sepatutnya tidak mempertikaikan Khutbah berkenaan yang merupakan sebahagian dari Rukun Sembahyang ‘Aidiladha," katanya lagi.Isu berkaitan dengan khutbah solat sunat Aidiladha itu menjadi kontroversi apabila ADUN DAP tampil mempertikaikannya dalam satu sidang media bersama - sama dengan Lim Kit Siang.
ADUN DAP itu juga turut memberikan tempoh kepada pihak JAIP untuk menarik balik khutbah tersebut dan memohon maaf secara terbuka atau berdepan dengan tindakan undang - undang.
Sekarang tempoh masa 5 hari dah pun berlalu. Apa lagi yang ADUN DAP tu tunggu? Bila dia nak failkan saman terhadap pihak JAIP? Kalau dia setakat pandai bercakap je tapi tak berani nak ambik tindakan, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.