Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[PANAS][AGM MCA KE-62] Minta PM jelaskan isu RM2.6 bilion, 1MDB – MCA Cheras

CELAH GELEGAR
[PANAS][AGM MCA KE-62] Minta PM jelaskan isu RM2.6 bilion, 1MDB – MCA Cheras
MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN MCA KE-62
  October 11, 2015

Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MCA ke-62 yang bermula pada nada perlahan tiba-tiba dikejutkan apabila seorang perwakilan dengan nada tegas menggesa parti itu untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi sumbangan yang tidak dapat dijelaskan yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.


Perwakilan Cheras, Heng Yee Sinn dengan nada yang keras menarik perhatian perwakilan MCA dari pelbagai cawangan apabila mengemukakan isu berkenaan.


“Sudah tiba masanya bagi MCA dengan tegas dan berani meminta  Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk menjelaskan mengenai 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB) dan wang yang telah didepositkan ke dalam akaunnya,” kata perwakilan berkenaan.


Yee Sinn juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan Polis Diraja Malaysia perlu benar-benar bebas untuk menjalankan siasatan.

Najib sebelum ini terlibat dalam ‘skandal terbesar’ dalam sejarah Malaysia selepas Wall Street Journal (WSJ) yang mendedahkan dalam dua artikelnya mengenai dana sebanyak RM2.6 bilion yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. 

Bagaimanapun, kemasukan dana berkenaan telahpun dijelaskan bahawa wang itu bukan datang daripada 1MDB tetapi merupakan sumbangan kepada Najib. -TheRakyatPost


RESOLUSI UNTUK MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN MCA KE-62

1. HAL EHWAL PARTI

1.1 Perhimpunan Agung menyokong cadangan untuk menambah bilangan ahli yang layak mengundi dalam pemilihan parti bagi jawatan-jawatan pusat, sekaligus memperkasakan penyertaan ahli akar umbi, di samping memperkukuhkan lagi asas-asas demokrasi parti.

1.2 Perhimpunan Agung menegaskan perpaduan ahli-ahli parti untuk memperkukuhkan kekuatan politik demi kepentingan parti dan negara dengan mendokong pendekatan Serampang Tiga Mata Transformasi parti mencakupi inisiatif-inisiatif “Teguh Bersama”, “Memupuk Kepelbagaian” dan “10 Strategi Hala Tuju Ekonomi”.

2. POLITIK

2.1 Perhimpunan Agung mendokong konsep kesederhanaan dan harmoni, dan menggesa setiap organisasi, tidak kira politik, NGO dan lain-lain, serta pemimpin-pemimpinnya menghentikan semua bentuk tindakan provokatif berbaur perkauman, agama, budaya dan sebagainya, termasuk berkelakuan konfrontasi; dan mana-mana pihak yang terlibat dengan tindakan atau kelakuan sedemikian rupa hendaklah dikenakan tindakan tegas undang-undang.

2.2 Perhimpunan Agung menggesa supaya pengurusan media atas talian dan juga platform media sosial diperkuatkan bagi menghalang tindakan-tindakan memudaratkan termasuk penyebaran khabar angin, provokasi pembencian dan hasutan demi melindungi keharmonian masyarakat serta kestabilan negara.

3. EKONOMI

3.1 Perhimpunan Agung menggesa supaya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dipantau dan diulangkaji secara berterusan, dan tindakan susulan diambil untuk menangani kesannya terhadap perniagaan dan rakyat jelata, serta memastikan pengoperasian GST berjalan dengan lancar dan memanfaatkan rakyat dan negara.

3.2 Perhimpunan Agung menggesa satu dasar diwujudkan dan juga mengambil langkah-langkah perlu untuk menstabilkan kejatuhan nilai Ringgit, melestarikan pertumbuhan ekonomi, meninggikan keyakinan nasional, dan mempertahankan asas ekonomi negara kita.

3.3 Perhimpunan Agung menyambut baik inisiatif ‘One Belt, One Road’ oleh negara China, serta menyokong parti berkerjasama rapat dengan China, untuk membantu usahawan-usahawan Malaysia meraih lebih banyak peluang perdagangan.

3.4 Perhimpunan Agung menyokong pelaksanaan strategi ekonomi yang diperakukan oleh 10 Kumpulan Fokus dalam seminar ‘Pemetaan Halatuju 10 Strategi Ekonomi’ dan ‘Dialog Pasca-seminar’ antara pemimpin-pemimpin industri, untuk terus berdialog dan menjalin rangkaian untuk berkongsi sumber dan juga maklumbalas.

4. PENDIDIKAN

4.1 Perhimpunan Agung menolak sekeras-kerasnya sebarang tuntutan untuk menutup sekolah-sekolah vernakular; dan MCA akan tekad memulihara hak pendidikan bahasa ibunda serta sistem pendidikan pelbagai aliran, dan langsung tidak berganjak dalam hal-hal ini.

4.2 Perhimpunan Agung membantah sekeras-kerasnya cadangan baharu Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan sukatan tunggal Bahasa Malaysia untuk semua aliran sekolah rendah. Kementerian Pendidikan sepatutnya menyediakan buku teks Bahasa Malaysia bersesuaian untuk SJK (C) dan SJK (T) seperti yang diputuskan oleh Kabinet pada tahun 2013.

4.3 Perhimpunan Agung menyokong pembinaan Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman sebagai tempat latihan, pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan pelajar dan juga pendidik UTAR, khas Fakulti Perubatan, di samping menawarkan perkhidmatan rawatan dan perubatan kepada orang awam.

5. KERAJAAN

5.1 Perhimpunan Agung menggesa kerajaan menambah baik eko-sistem pengurusan bencana banjir mencakupi sistem amaran awal banjir, pengurusan ‘pra-semasa-pasca’ bencana, bantuan bencana, mekanisme dan peralatan pembinaan semula, dengan tujuan untuk mengurangkan jumlah bilangan mangsa dan juga kerugian kewangan akibat banjir.

5.2 Perhimpunan Agung menggesa kerajaan menambah baik prestasi sektor awam dengan memajukan ketelusan untuk menghapuskan penyalahgunaan dana awam serta membasmi salahguna kuasa dalam perkhidmatan awam.

5.3 Perhimpunan Agung menggesa kerajaan meningkatkan keberkesanan Polis Di-Raja Malaysia dan menambah baik keselamatan negara, terutamanya di kawasan-kawasan ‘panas’, serta membangunkan strategi-strategi khusus untuk menghalang dan memerangi jenayah, agar nyawa dan harta awam dapat dilindungi dengan lebih berkesan.

5.4 Perhimpunan Agung menyeru pasukan keselamatan untuk secara berterusan mempertingkatkan strategi dan langkah-langkah, serta mengambil tindakan pantas dan menyeluruh dalam menghalang, menyiasat dan mematahkan komplot dan kegiatan terrorisme, di samping menyekat dan menghapuskan secara berkesan penularan ikutan terrorisme dalam negara ini.

6. AGAMA

6.1 Perhimpunan Agung menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk melaksanakan enakmen hudud, dan menyeru agar Perlembagaan Persekutuan negara yang sekular dan demokratik serta menjadi tunjang pembentukan negara dihormati dan dipertahankan, serta membantah mana-mana pihak yang meletakkan pelaksanaan hudud sebagai agendanya.

6.2 Perhimpunan Agung menggalakkan sesi dialog keagamaan diadakan dengan lebih kerap dengan mengamalkan pendekatan keterbukaan; mengambilkira kemajmukan rakyat Malaysia; memajukan rasa hormat serta persefahaman antara agama; dan memastikan dasar-dasar kerajaan terus bersandarkan kepada prinsip kesederhanaan, keharmonian sosial dan kestabilan yang berkekalan.

7. ALAM SEKITAR

7.1 Perhimpunan Agung mendesak agar semua pihak berganding bahu memerangi pencerobohan bukit-bukau, hutan rimba, pengorekan hasil bumi dan sebagainya yang berlaku secara haram dan berleluasa demi untuk memulihara kelestarian aset-aset alam semulajadi negara dan mengelakkan berlakunya bencara alam ciptaan manusia yang mendatangkan kerosakan harta benda dan juga kehilangan nyawa, sekaligus menjamin keselesaan dan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.

7.2 Perhimpunan Agung melahirkan rasa kesal tentang kejadian jerebu yang melanda negara tanpa nokta penyelesaian berkesan, malah semakin serius saban tahun yang telah menjejaskan perjalanan hidup harian, melumpuhkan aktiviti ekonomi tertentu, dan memudaratkan kesihatan rakyat jelata; dan mendesak agar tindakan yang lebih efektif dan menyakinkan diambil oleh Malaysia dan Indonesia dengan pembabitan padu organisasi ASEAN untuk mencegah atau sekurang-kurangnya meminimumkan tahap keterukan jerebu daripada berlaku tahun hadapan dan selanjutnya.

-MCA online-

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.