Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PARTI SERPIHAN PKR SEMAKIN NYATA!!!

SEMUT HITAM
PARTI SERPIHAN PKR SEMAKIN NYATA!!!
Baru je kita dengar mengenai kewujudan Pakatan Haprak tu pada 22 September yang lalu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dikuburkan mereka sendiri, dah timbul pulak masalah lain.

Sebelum ni ramai yang pelik, kenapa pulak Pengkhianat Amanah Negara (PAN) yang ditubuhkan 18 pemimpin PAS yang KALAH dalam muktamar baru - baru ni boleh pula diterima masuk Pakatan Haprak tu?

Secara umumnya, PAN yang dijenamakan semula daripada Parti Pekerja Malaysia itu dapat menganggotai pakatan baharu sebab mereka mendapat sokongan kuat daripada puak - puak DAPigs.

Malah pengumuman secara rasmi parti PENGKHIANAT telah dibuat dalam sidang media 2 Oktober lalu di pejabat pemimpin DAPigs, Lim Guan Eng di Komtar, George Town, Pulau Pinang.

Tapi, apa yang lebih menarik ialah mengenai pendedahan AgendaDaily yang menjangkakan sesuatu yang jauh lebih besar apabila PKR turut dilaporkan bakal memiliki serpihan ala PAN.

Lebih dahsyat, sumber RoS juga turut mengesahkan pembentukan parti serpihan PKR itu dan diakui sendiri oleh bekas tokoh parti itu yang juga mantan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Bahkan ketika mengulas mengenai desas-desus mengenai pendaftaran parti itu, Ahli Parlimen Bebas dan ADUN Pelabuhan Klang itu mengatakan yang dia langsung tak rasa terkejut.

Kata Khalid dalam catatan Facebook, dia tak hairan lansung sekiranya ada usaha dibuat bagi mewujudkan gerakan ‘kuasa ketiga’ demi mewujudkan suasana politik tanah air yang lebih seimbang
“Saya percaya usaha pihak terbabit akibat kegagalan PKR mengurus parti seperti mana diwar-warkan sebelum ini. Terlalu banyak aduan ahli parti yang gagal ditangani oleh pimpinan secara adil, telus dan menyeluruh,” katanya.
Menurut bekas MB Selangor tu, tindakan parti dalam Pakatan mutakhir ini juga turut dilihat GAGAL untuk menyediakan sebuah wadah perjuangan yang lebih kondusif dan inklusif.
“Meskipun demikian saya lebih suka mengambil pendekatan untuk melihat perkara ini dari luar dan tidak langsung terlibat di dalam usaha mereka mewujudkan gerakan pihak ketiga tersebut,” jelas Abdul Khalid.
Dan dalam masa yang sama, Khalid juga masih menunggu keputusan hasil aduan yang dibuat kepada RoS berhubung tindakan PKR memecat keahliannya yang didakwa dilakukan secara tidak sah dan melanggar perlembagaan parti itu. (Sumber Asal: MyNewsHub)

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.