Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS MASIH TAK SERIK DIKENCING PKR!!!

SEMUT HITAM
PAS MASIH TAK SERIK DIKENCING PKR!!!
Nampak gayanya, sehingga hari ini, PAS masih lagi hidup dalam angan - angan dan imaginasi mereka sendiri apabila mendakwa Pakatan Rakyat tu masih lagi 'Hidup' pada ketika ini.

Walaupun hakikatnya, Pakatan Rakyat tu telah pun berkubur apabila ianya diumumkan oleh puak - puak DAPigs dan dengan kewujudakan Pakatan Harapan, tapi PAS tak boleh menerimanya.

Bagi PAS, kewujudan Pakatan Rakyat tu hanya cukup dengan kerjasama diantara parti itu dengan PKR. Tapi PAS lupa bahawa PKR telah beberapa kali mengkhianati mereka secara terang - terangan.

IRONIKnya, apabila timbul khabar angin mengatakan yang PKR mahu melaksanakan agenda Langkah Kajang 2.0 baru - baru ini, PAS tetap menolak kemungkinan itu secara sembrono.

Sebaliknya, PAS membuat dakwaan kononnya khabar angin mengenai perlaksanaan agenda Langkah Kajang 2.0 itu adalah usaha pihak tertentu yang dengki terhadap kerjasama mereka dengan PKR.
“Pakatan Rakyat masih lagi wujud dan ini dibuktikan melalui sokongan dan kerjasama politik di Selangor dan Kelantan. Keadaan ini menyebabkan ada pihak yang iri hati lalu menimbulkan spekulasi seperti Langkah Rawang sebagai cubaan menghuru-harakan politik Selangor," kata Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan di Facebook.
Soalnya, siapa pihak yang dengki dengan kerjasama diantara PAS dan PKR tu? Kenapa perkara itu masih cuba nak disembunyikan oleh PAS? Takut sangat ke mereka nak akui kebenaran?

Jika kita lihat sejak kebelakangan ini, PAS lebih banyak mengumpul musuh dari rakan sekutu. Bukan sahaja UMNO yang sama bangsa dan agama dengan mereka yang menjadi musuh.

Bahkan ada dikalangan ahli parti, didalam dan diluar yang menjadi musuh kepada PAS. Tak kurang juga permusuhan PAS dengan puak - puak DAPigs masih lagi berterusan sehingga hari ini.

Tak lupa juga permusuhan PAS dengan beberapa ahli PKR yang menentang gabungan kerjasama diantara mereka secara diam - diam. Jadi, siapa sebenarnya yang dengki dengan PAS?

Secara umumnya, semua orang pun tau bahawa diantara perencanaan agenda Langkah Kajang 2.0 itu juga adalah usaha untuk menyingkirkan PAS dari pentadbiran Rejim Pakatan di Selangor. Jadi, tak payah la PAS nak terus berlagak sombong dan menongkat langit!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.