Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[PELANCONG CHINA KESAYANGAN NAZRI] Warga China ditahan susulan insiden bogel

CELAH GELEGAR
[PELANCONG CHINA KESAYANGAN NAZRI] Warga China ditahan susulan insiden bogel

SEMPORNA: Seorang lelaki yang juga pelancong warga China ditahan malam tadi bagi membantu siasatan berhubung insiden berbogel di Pulau Sibuan, Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter anak Umbuas, berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan di sekitar pekan Semporna pada jam 9 malam tadi.

Katanya, lelaki terbabit dipercayai adalah antara pelancong yang terbabit merakamkan gambar bogel pelbagai aksi di pulau berkenaan, baru-baru ini.

"Lelaki itu direman sehingga 25 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Sebelum ini, gambar bogel pelbagai sekumpulan lelaki dan wanita dipercayai pelancong asing menjadi viral di laman sosial sehingga menimbulkan kemarahan penduduk negeri ini. Polis kemudian mengesahkan menjalankan siasatan berhubung insiden itu susulan laporan polis diterima pada 15 Oktober lalu.-BH

Visa Percuma: Nazri Bidas Imigresen Tidak Bantu

Dua hari lepas, Menteri Pelancongan Datuk Seri Datuk Seri Nazri Aziz yang terkenal sentiasa mengambil berat pelancong China telah membidas tindakan Jabatan Imigresen yang didakwanya tidak membantu dalam melaksanakan pemberian visa percuma kepada pelancong rakyat China yang mahu melawat negara ini.

Jabatan yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri dikatakan tidak melaksanakan langkah itu seperti keputusan yang dipersetujui kabinet.

Tambahnya lagi, Jabatan Imigresen dikatakan tidak tampil membantu malah bertindak mengetatkan lagi pemberian visa.

“Pelancong negara Rusia, yang dahulunya negara komunis, diberikan visa percuma selama 30 hari. Tetapi pelancong negara China, juga negara komunis sekarang, mereka tidak diberikan visa. Saya tidak faham mengapa ini boleh berlaku.

“Pelancongan dari negara jiran yang menghapuska visa iaitu Indonesia dan Thailand dan mendapat peluang besar, tapi Malaysia mengetatkan lagi. Tidak melaksanakan keputusan kabinet, mereka mengetakan lagi.

“Sebenarnya keputusan kabinet tidak dilaksanakan oleh pihak Imigresen. Ia amat merugikan kepada negara kita,” katanya di Dewan Rakyat memetik sumber daripada laporan Malaysiakini.

Terdahulu ujarnya lanjut, Jabatan Imigresen hanya memberikan visa sekiranya pelancong itu datang secara berkumpulan iaitu kepada 20 orang.

Menurutnya, jumlah pelancong China juga dicatatkan mengalami penurunan bermula Januari hingga Jun 2015 sebanyak 11.7 peratus berbanding pada tempoh yang sama pada tahun lalu. Pada tahun ini sahaja, jumlah pelancong China mencatatkan sebanyak 751,383 orang berkurangan daripada tahun lalu iaitu sebanyak 850,877 orang.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.