Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pemuda MCA PERTIKAI Najib di Perhimpunan Tahunan Pemuda MCA Hari Ini

CELAH GELEGAR
Pemuda MCA PERTIKAI Najib di Perhimpunan Tahunan Pemuda MCA Hari Ini
MCA Youth 51st AGM National Chairman Speach

Kekalutan isu RM2.6 bilion yang membelenggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi tumpuan utama kepada Perhimpunan Tahunan Pemuda MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Salah seorang perwakilan berkata, jika perdana menteri tidak menyelesaikan isu berkenaan Malaysia mungkin menyaksikan berlaku "skandal Watergate" di negara ini.

Watergate adalah insiden yang memaksa Richard Nixon meletak jawatan sebagai Presiden AS pada Ogos 1974.

Seorang lagi perwakilan berkata kepimpinan MCA perlu meletak jawatan daripada kabinet jika Najib didapati melakukan sebarang salah laku.

Wakil dari Kepong, Tan Hock Guan berkata rakyat kini keliru apabila perdana menteri mengeluarkan kenyataan saling bercanggah berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendiriannya.

Memetik kata-kata "kejujuran adalah dasar terbaik" Hock Guan menggesa Najib membuat penjelasan mengenai isu berkenaan atau mungkin berdepan nasib seperti Nixon.

"Dalam kes 1MDB, berhubung pemindahan dana RM2.6 bilion ke akaun persendirian, kenyataan dibuat bertukar ganti berkali-kali.

"Ini mengingatkan kita kepada skandal Watergate," katanya.
Terkubur dalam perangkap sendiri

Dalam skandal itu, kata Hock Guan, Nixon gagal memberi penjelasan mengenai isu yang ditimbulkan sehingga ia menyebabkan presiden ke-37 AS itu terpaksa meletak jawatan.

"Nixon tidak berkata benar, tidak membuat penjelasan, malah secara konsisten campur tangan dalam siasatan dibuat. Maka masalah menjadi semakin besar.

"Dia akhirnya terkubur dalam perangkap yang dibuatnya sendiri," katanya.

Nixon (gambar) berundur daripada jawatannya ekoran tekanan daripada pelbagai pihak selepas akhbar Washington Post mendedahkan tokoh politik Republikan itu mengintip talian telefon di ibu pejabat parti Demokrat.

Sementara itu wakil dari Pendang, Kedah, Tan Chee Tong turut membangkitkan persoalan kepada Najib sambil mendesak penjelasan memuaskan dibuat.

"Mengapa anda menukar peguam negara ketika siasatan 1MDB dibuat? Mengapa anda melantik anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menjadi menteri?

"Mengapa anda menyaman orang lain dan bukan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang lantang mengkritik pelbagai isu? Adakah anda setuju dengan kenyataan Mahathir?" katanya.

Sesetengah orang, kata Chee Tong, tidak berani berbalah dengan Najib kerana takut kedudukan dalam kerajaan terancam.

"Saya percaya MCA dan Pemuda MCA tidak akan kekal dalam kerajaan jika kebenaran diketahui (dan Najib didapati bersalah," katanya. -MK



RESOLUSI-RESOLUSI
PERHIMPUNAN AGUNG PEMUDA MCA KE-51
( 10 Oktober 2015 )
HAL EHWAL PARTI
 
Resolusi (1)
Menyokong kepimpinan transformasi Presiden MCA, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden MCA, YB Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang menggerakkan enam bidang utama iaitu politik, ekonomi, budaya, pendidikan, belia serta wanita menerusi Program “Transformasi Ke Arah Yang Baru”.

Resolusi (2)
Menyokong penuh usaha Parti bagi melaksanakan mekanisme perwakilan yang lebih ramai dalam pemilihan Parti yang akan datang bagi memperdalamkan semangat demokrasi dalam Parti agar lebih ramai ahli-ahli Parti mengambil bahagian dalam pemilihan Parti pusat. Justeru, Pemuda MCA menyeru semua perwakilan pusat MCA untuk menyokong resolusi ini bagi membantu Program Transformasi Parti.

Resolusi (3)
Menyeru semua perwakilan pusat MCA untuk menyokong penuh pemindaan ke atas Perlembagaan Parti supaya Ketua Pemuda MCA Bahagian boleh menjadi perwakilan pusat MCA secara automatik.

HAL EHWAL PEMUDA MCA

Resolusi (4)
Menyeru Parti untuk menyesuaikan diri dengan permintaan dan persekitaran semasa dengan meningkatkan usaha bagi memperkasakan dasar-dasar belia serta menggiatkan lagi usaha pemupukan ahli-ahli Pemuda MCA untuk bertanding dalam Pilihan Raya ke-14 kelak.


Resolusi (5)
Menyokong penuh rancangan Koperasi Petani Muda Malaysia (KPMM) yang diasaskan oleh Ketua Pemuda MCA Kebangsaan bagi membantu petani muda tempatan untuk mara ke arah pertanian moden dengan menggunakan pendekatan yang menyatupadukan kesemua sumber bagi membuka gerbang kerjaya yang baru serta pasaran yang lebih luas lagi.


POLITIK

Resolusi (6)
Kerajaan perlu menyelesaikan masalah hutang kewangan ‘1Malaysia Development Berhad’ (1MDB) bagi meraih kembali keyakinan rakyat, pengusaha perindustrian dan para pelabur asing untuk melabur dalam negara kita bagi mempercepatkan langkah menuju ke arah negara maju. Sekiranya 1MDB didapati terlibat dengan masalah penyelewangan maka orang-orang yang bertanggungjawab haruslah dihadapkan ke mahkamah.


Resolusi (7)
Menentang pelaksanaan Hukum Hudud dan mengkritik sekeras-kerasnya sebarang individu ataupun parti politik yang membentangkan rang undang-undang termasuklah rang undang-undang persendirian di dalam Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri bagi melaksanakan Hukum Hudud.

Resolusi (8)
Menyeru semua rakyat untuk menyokong konsep kesederhanaan dan menolak extremism. Pemuda MCA akan melindungi dan mempertahankan Semangat Perlembagaan Persekutuan dengan sedaya upaya bagi memastikan kerajaan terus menggunakan sistem pluralistik dalam mentadbir negara.






Resolusi (9)
Menyeru Jabatan Peguam Negara supaya tidak bersikap selektif ataupun ‘double standard’ dalam membuat pendakwaan terhadap pihak-pihak yang melanggar undang-undang dan menghasut sentimen perkauman. Jabatan tersebut juga tidak harus menjangkaui bidang kuasa sendiri sehingga memainkan peranan sebagai hakim.


EKONOMI

Resolusi (10)
Menyeru semua perwakilan pusat MCA untuk menyokong pelaksanaan semua konsensus, cadangan dan pandangan yang tercapai antara MCA dengan para pemain industri menerusi Persidangan “10 Strategi Ekonomi”.


Resolusi (11)
Kerajaan perlu mengambil strategi-strategi serta langkah-langkah bagi menstabilkan nilai pertukaran Ringgit Malaysia dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Resolusi (12)
Menyeru Kementerian Kewangan untuk segera mengendalikan semua tuntutan cukai input GST bagi menyelesaikan masalah aliran tunai para peniaga.

BUDAYA

Resolusi (13)
Mengkritik sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang mencemar, budaya mencarut ataupun sengaja menghasut sehingga menyebabkan kebencian antara kaum bagi menghentikan budaya yang negatif daripada menular dalam negara kita.


PENDIDIKAN

Resolusi (14)
Mengkritik sekeras-kerasnya sebarang kenyataan penutupan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) ataupun penghapusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Pemuda MCA akan memperjuangkan hak pendidikan bahasa ibunda.

Resolusi (15)
Kementerian Pendidikan perlu memperkukuhkan lagi Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) supaya semua sekolah pelbagai aliran dapat meningkatkan hubungan dan persefahaman antara murid pelbagai kaum menerusi aktiviti ko-kurikulum di samping memperkukuhkan integrasi negara.

Resolusi (16)
Selaras dengan pengumuman kerajaan negeri Sarawak untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Pemuda MCA menyeru kerajaan pusat untuk mencontohi negeri Sarawak dengan mengiktiraf UEC dengan secepat yang mungkin.

Resolusi (17)
Menyokong usaha Institut Vokasional Tunku Abdul Rahman (VTAR), Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman (TARUC), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi menyediakan kursus-kursus pendidikan teknikal dan vokasional dalam pelbagai bidang bagi memupuk bakat teknikal serta vokasional untuk negara.
-MCA online-

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.