Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Prof. Datuk Dr. TEO KOK SEONG: Rombak sekolah pelbagai aliran, JADIKAN SATU ALIRAN

CELAH GELEGAR
Prof. Datuk Dr. TEO KOK SEONG: Rombak sekolah pelbagai aliran, JADIKAN SATU ALIRAN

BANGI, Jumaat – Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong menegaskan bahawa sekolah pelbagai aliran yang wujud sekarang ini mesti dirombak untuk menjadikannya sekolah satu aliran.

Mengulas tentang cadangannya itu beliau berkata di Malaysia terdapat tujuh sistem pendidikan atau aliran sekolah rendah yang dilihat menjadi penghalang kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini.

Katanya, tujuh aliran yang dimaksudkan ialah sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama, sekolah swasta, sekolah persendirian Cina, sekolah antarabangsa dan belajar sendiri di rumah.

“Jadi bagi saya, kewujudan sekolah swasta, persendirian Cina, antarabangsa serta belajar di rumah perlu dimansuhkan sementara sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan dan agama digabungkan dalam sistem sekolah satu aliran.

“Maksudnya, apa sahaja yang ada di sekolah agama, kita gabungkan di sekolah kebangsaan. Begitu juga sekolah vernakular Cina dan Tamil, kita gabungkan dalam sekolah kebangsaan.

“Sebaliknya, sekolah swasta dan persendirian Cina sudah tidak perlu. Bermakna sekolah kebangsaan akan mengambil kira aspek agama Islam serta vernakular Cina dan Tamil.

“Mungkin orang kata mana cukup masa. Kita wujudkan sistem satu sesi. Hakikatnya, mana-mana di dunia pun, biasanya sekolah satu sesi. Bermula 7.30 pagi dan habis pukul 3 petang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Bicara Persada yang bertajuk ‘Sekolah Satu Aliran: Keperluan dan Kemungkinan’ anjuran Institut Kajian Etnik (KITA), Jabatan Canselori UKM, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Datuk Kok Seong berkata, walaupun digabung menjadi satu aliran, perkara utama yang perlu ditekankan ialah bahasa pengantar utamanya mesti bahasa Malaysia atau bahasa Melayu.

“Di dalam itu diajar bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, Tamil mahupun agama. Kalau hendak bawa masuk bahasa lain pun tak apa. Kita gabungkan.

“Yang penting kita ada sejenis sekolah sahaja,” katanya. -ISMAWEB

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.