Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAFIZI TAK SABAR MENUNGGU TARIKH 8 DISEMBER!!!

SEMUT HITAM
RAFIZI TAK SABAR MENUNGGU TARIKH 8 DISEMBER!!!
Nampak gayanya, perkataan FITNAH tu dah semakin menjadi sinonim dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Nak pulak mereka yang terdiri dari kalangan puak - puak PKR tu sendiri.

Dengar kata, perbicaraan kes saman Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail terhadap Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Malaysiakini berhubung kenyataan berkaitan pinjaman membeli hartanah KL Eco City, akan bermula 8 Disember ini. 

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan menetapkan tarikh itu dengan dihadiri peguam Noor Farhah Mustaffa mewakili Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan syarikat berkenaan selaku plaintif.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Razlan Hadri Zulkifli, mewakili Mohd Rafizi dan pemilik portal berita Malaysiakini iaitu Mkini Dotcom Sdn Bhd yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman fitnah yang difailkan pada 3 Jun 2013.

Razlan Hadri ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 8, 9, 10, 11 dan 16 Disember untuk perbicaraan kes itu sebelum tarikh bicara sebelum ini pada 26 Oktober dilapangkan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh mendakwa pada 7 Mac 2012, Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan berita itu disiarkan dalam Malaysiakini pada hari sama.

Mohamad Salleh mendakwa saman itu dibuat berikutan kerugian yang ditanggung beliau berikutan pembohongan, maklumat yang mengelirukan, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan.

PS: Itu la yang orang kata. Kalau dah asalnya diorang ni dari kalangan puak - puak PKR, memang takde kerja lain dah yang mampu dilakukan selain dari Menipu dan Menabur Fitnah terhadap orang lain!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.