Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[RAKYAT DITOLAK KEDINDING] Kadar tambang LRT, Monorel dan bas Rapid baru sedang disemak semula - Prasarana

CELAH GELEGAR
[RAKYAT DITOLAK KEDINDING] Kadar tambang LRT, Monorel dan bas Rapid baru sedang disemak semula - Prasarana

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Malaysia Berhad dijangka mengumumkan kadar tambang baru bagi perkhidmatan LRT, Monorel serta Bas Rapid pada minggu hadapan.

Presidennya, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata Prasarana ketika ini dalam proses menyemak semula kadar tambang baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Menurut Azmi, semakan semula yang turut membabitkan perbincangan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak bermaksud kadar tambang baru akan meningkat secara langsung.

"Kadar tambang yang disemak semula masih belum diumumkan dan ia bukan peningkatan (tambang) secara langsung.

"Kita perlu tunggu pada masanya apabila kami umumkan bersama SPAD yang merupakan pihak berkuasa dalam hal kadar tambang.| kata Azmi pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Stesen LRT Bank Rakyat Bangsar di bawah Program Hak Penamaan Stesen Prasarana di ibu negara pada Isnin.

Sementara itu, Prasarana mensasarkan peningkatan penumpang sehingga 1 juta setiap hari menjelang pertengahan bulan November tahun ini.
Ia menurut Azmi  sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mencapai sasaran penggunaan pengangkutan awam sebanyak 40 peratus menjelang 2030.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.