Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[SEMANGAT LAIN MACAM JE] Arul Kanda TIDAK SABAR TUNGGU disoal oleh pendengaran PAC yang "baru"

CELAH GELEGAR
[SEMANGAT LAIN MACAM JE] Arul Kanda TIDAK SABAR TUNGGU disoal oleh pendengaran PAC yang "baru"
KUALA LUMPUR, 25 Oktober: Presiden yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata, tidak sabar menantikan untuk dipersoal oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Akhbar harian The Star Online melaporkan Arul sebagai berkata bahawa pendengaran PAC ini dijangka dapat memberi jawapan kepada pihak berkuasa negara dan juga orang ramai.
“Kami telah mengesahkan ini kepada umum beberapa kali, kami tidak sabar menantikan PAC dalam usaha memberikan jawapan kepada pihak berkuasa yang sah di negara ini,” beliau dipetik berkata pada Seminar Tinjauan Ekonomi Malaysia di Wisma MCA, hari ini.
Seminar itu dikendalikan bersama dengan sesi soal jawab untuk ahli MCA berhubung 1MDB.
Beliau berkata, sebab utama bagi sesi soal jawab berkenaan adalah untuk menyediakan platform yang lebih interaktif bagi firma pelaburan milik kerajaan itu mendekati orang ramai.
“Kami telah melakukan pelbagai wawancara. Bukan hanya dengan organisasi tempatan. Saya telah bersama TV3 dengan NST dan The Edge, dan juga dengan media asing seperti Financial Times dan BBC.”
Mengulas mengenai minit mesyuarat tertutup baru-baru ini mengenai dokumen berkaitan mesyuarat lembaga pengarah syarikat tersebut berhubung penebusan AS $ 700 juta dari PetroSaudi International Ltd, Arul berkata beliau amat bimbangkan kebocoran dokumen sulit dan spekulasi bahawa fail itu mungkin telah dijaja kepada `pihak ketiga’.
“Ini tidak adil kepada pihak yang disiasat dan boleh dipersoalkan integriti pihak berkuasa yang menjalankan siasatan,” katanya.
Katanya lagi, 1MDB juga membuat penjelasan yang diperlukan kepada Bank Negara atas permintaan agensi itu supaya 1MDB menarik balik pelaburan asing berjumlah AS $1.83 bilion.
“AS$1.4bilion itu sebenarnya, telah ditebus dengan wang tunai, yang saya pasti anda tahu.
“Baki AS$940 juta unit dana diperuntukkan untuk hutang bagi pertukaran aset dengan Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC), kami sedang menunggu maklum balas Bank Negara mengenai perkara itu,” katanya.
Arul berkata, Seminar Pandangan Ekonomi Malaysia yang termasuk taklimat mengenai sejarah 1MDB serta sesi soal-jawab untuk ahli-ahli MCA diterima baik
“Saya rasa mereka suka keupayaan untuk berinteraksi secara langsung, bagi mendapatkan jawapan terus dari mulut,” katanya. -TheRakyatPost

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.