Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siasatan BNM terhadap 1MDB, Peguam Negara putuskan tiada kesalahan

CELAH GELEGAR
Siasatan BNM terhadap 1MDB, Peguam Negara putuskan tiada kesalahan

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah mengkaji laporan siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh 1MDB. 

Jabatan Peguam Negara, dalam satu kenyataan petang ini, menyatakan ia menerima laporan siasatan bank pusat itu terhadap 1MDB bagi suatu kesalahan di bawah perenggan (4) (b) Bahagian 1 Jadual Kelima kepada Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 iaitu dengan sengaja atau melulu membuat kenyataan yang palsu dalam suatu butiran. 

"Kertas siasatan (IP) sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 Ogos lalu. Setelah mengkaji IP, Timbalan Peguam Cara 1, Tun Abd Majid Hamzah, memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh pegawai 1MDB dan mengarahkan tiada tindakan lanjut perlu diambil. 

"IP dikembalikan pada BNM pada 11 September lalu dan keputusan Jabatan Peguam Negara disampaikan kepada BNM pada hari yang sama," katanya. 

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, BNM menghantar surat permintaan kepada Jabatan Peguam Negara pada 1 Oktober lalu untuk keputusan itu dikaji semula. 

Katanya, selepas mempertimbangkan permintaan itu dan mengambil kira tidak ada bukti baharu yang disediakan, Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusan yang dibuat sebelum ini. 

"Justeru, ingin ditegaskan apa yang dilaporkan dalam berita di antara 12 September hingga ke hari ini mengenai IP berhubung perkara itu masih berada dengan Jabatan Peguam Negara dan perbincangan sedang dijalankan, adalah tidak tepat dan tidak benar," katanya. -BH

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.