Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suspek Culik Kes Sg. Chua TELAH DITAHAN POLIS

CELAH GELEGAR
Suspek Culik Kes Sg. Chua TELAH DITAHAN POLIS

Kuala Lumpur : Dua lelaki disyaki suspek kes culik kanak-kanak berumur lima tahun di Taman Setia, Sungai Chua, Kajang, ditahan dalam operasi khas, 10.25 malam tadi. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan penahanan berkenaan dan menyatakan kedua-dua lelaki itu ditahan di kawasan sekitar lokasi kejadian. 

Menurutnya, seorang daripada suspek adalah lelaki tempatan manakala rakannya adalah warga Indonesia, masing-masing berusia 28 dan 32 tahun. 

"Kami sudah menahan dua suspek di kawasan Sungai Chua, Kajang dan sedang melakukan siasatan lanjut," katanya. 

Berdasarkan sumber polis, kedua-dua suspek itu berada di bawah pengaruh dadah ketika ditahan. 

Kejayaan itu adalah hasil operasi khas bermula daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

Dalam kejadian, 9 pagi semalam, kanak-kanak berkenaan dihantar ibunya ke tadika di Taman Setia, Sungai Chua sebelum didatangi dua lelaki terbabit yang berpura-pura bertanyakan lokasi ke pasar. 

Suspek kemudian melarikan kanak-kanak berkenaan menaiki Proton Saga hitam. 

Ibu mangsa cuba mengejar kereta suspek menyebabkanya terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki kiri. 

Berikutan itu, keluarga kanak-kanak itu membuat laporan di Balai Polis Kajang, pada 9.47 pagi. 

Akhirnya, dengan bantuan seorang pemandu teksi, kanak-kanak itu dihantar pulang ke rumahnya dengan selamat pada 5.25 petang. 

Kanak-kanak berkenaan ditemui di tepi jalan sebelum dia dibawa pulang ke rumahnya di Taman Cahaya Suria, Sungai Chua. 

Difahamkan, pemandu teksi berkenaan mengecam wajah mangsa selepas melihat gambarnya yang menjadi viral di laman sosial. 

Kanak-kanak itu kemudian dibawa untuk rawatan pemeriksaan di Hospital Kajang, malam tadi. -MyMetro

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.