Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TSMY JAWAB "TAK TAHU"!!!

SEMUT HITAM
TSMY JAWAB "TAK TAHU"!!!
Kadang - kadang, ada kalanya lebih mudah untuk kita jawab "Tak Tahu" daripada kita membuat spekulasi yang hanya sekadar memburukkan lagi keadaan. Maka, "Tak Tahu" tu lebih baik.

Ketika angin terus bertiup kencang berhubung tujuh pemimpin Umno yang akan dikenakan tindakan disiplin, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mendedahkan sebarang maklumat sama ada beliau disiasat parti itu.
"Saya tidak tahu apa-apa. Saya hanya baca mengenainya di media," beliau dipetik sebagai berkata ketika ditemui di Parlimen, hari ini.
Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, beliau tidak menerima sebarang maklumat berhubung tujuh individu yang didakwa sedang disiasat oleh parti tersebut sepertimana yang dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan, tujuh pemimpin UMNO sedang dalam pemerhatian Lembaga Disiplin parti untuk dikenakan tindakan berikutan kelantangan mereka mengeluarkan kenyataan buruk terhadap parti itu.

Tengku Adnan berkata, UMNO sudah tidak dapat bertahan dengan kenyataan - kenyataan yang tidak masuk akal dikeluarkan oleh segelintir ahlinya itu yang turut disiarkan melalui media.

Tambah beliau, UMNO sudah letih dengan kerenah ahli yang keluarkan kenyataan bukan untuk orang ramai. Maka siasatan akan dilakukan dan hasil siasatan tersebut juga akan dinilai semula

Walaubagaimana pun, Setiausaha Agung UMNO itu menegaskan bahawa dia tidak akan mendedahkan nama tujuh orang yang dimaksudkan dan berharap mereka kenal diri mereka sendiri.

Selain itu, Tengku Adnan juga turut menjelaskan bahawa UMNO ada set Perlembagaan sendiri, jawatankuasa disiplin serta kod etika yang perlu dipatuhi oleh semua ahli. Maka UMNO tidak perlu nak terus berhadapan dengan kegilaan seperti ini lagi.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.