Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

UMNO BACUL PUNCA SAIFUDDIN MASUK PKR???

SEMUT HITAM
UMNO BACUL PUNCA SAIFUDDIN MASUK PKR???
Jika awal pagi tadi, kita siarkan khabar angin di imedia sosial yang mendakwa KONONnya bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Ahli Parlimen Temerloh tu dikatakan bakal menyertai PKR hari ini.

Ternyata, khabar angin itu bukan hanya sekadar rekaan semata - mata. Sebaliknya, berita mengenai kemasukan Si Saifuddin tu sebagai Ahli PKR telah pun disahkan tengahari tadi oleh Wan Azizah.
PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat parti itu. - lapor MStar
Ekoran pengumuman tersebut, ramai yang berpendapat tindakan itu dilakukan bagi membolehkan PKR merampas kawasan Parlimen Temerloh yang kini telah dikuasi oleh PAS.

Jelas, tindakan Si Saifuddin tu memang sudah boleh dijangka sejak dari awal lagi apabila pendirian serta kenyataan yang dikeluarkan sejak akhir - akhir ini dilihat membelakangi parti.

Bahkan tindakan Si Saifuddin tu menyokong perhimpunan BERSHIT 4.0 yang diadakan bagi menggulingkan Kerajaan juga sudah cukup untuk membuktikan dia tidak lagi bersama UMNO.

Malah, Si Saifuddin tu juga turut dilihat hadir sama dalam rundingan meja bulat bagi membincangkan pembentukan Pakatan Haprak Baru tu juga boleh dianggap sebagai Pengkhianatan.

Apa yang pasti, tindakan Songsang yang dilakukan oleh Si Saifuddin tu membuatkan ramai dikalangan rakyat, terutama dikalangan ahli UMNO melabelkan dia sebagai 'Duri Dalam Daging'.

Tapi malangnya, tindakan biadap yang dilakukan oleh Si Saifuddin tu seolah - olah tidak dipedulikan lansung oleh UMNO. Mungkin disebabkan itulah dia ambik keputusan untuk keluar parti.

Hakikatnya, UMNO tak perlu ambik 'port' sangat pasal Si Saifuddin ni. Buat tak tau je. Akhirnya, dia sendiri yang mengisytiharkan diri dia sebagai Pengkhianat. Jangan lepas ni dia buat cerita kata UMNO ni zalim sebab pecat dia sebab tak boleh terima kritikan sudah la!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.