Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YANG CUBA GULINGKAN DIA, HANYA LANGAU!!!

SEMUT HITAM
YANG CUBA GULINGKAN DIA, HANYA LANGAU!!!
Hebat!!! Nampak gayanya Si Wan Azizah tu tak perlu risau sebab mereka yang berkomplot untuk menggulingkan dia selaku Presiden PKR tu hanya diibaratkan sebagai 'Langau' belaka.

Kalau sebelum ini, kita ada dengar cerita kata wujudnya komplot dari beberapa pihak dikalangan pemimpin PKR yang berusaha untuk menjatuhkan Wan Azizah sebagai Presiden parti.

Kalau diikutkan pendedahan yang dibuat oleh Si Chagubard tu sebelum ini, dalang disebalik konspirasi tersebut adalah Si Menteri Besar Cap Ayam tu sendiri. Tapi perkara tu tetap dinafikan.

Itu bezanya puak - puak PKR tu dengan parti - parti lain. Biarpun pemimpin atasan mereka melakukan maksiat sekali pun, namun ahli - ahli dibawah tetap akan mempertahankan mereka.

Walaupun jika kita lihat dari satu sudut, kemungkinan wujudnya konspirasi yang dimaksudkan itu memang benar. Cuma ianya cuba diselubungi oleh puak - puak PKR tu sendiri.

Sebaliknya mereka mendakwa KONONnya pihak yang telah memfailkan petisyen bantahan terhadap pembentukan tergesa - gesa Pakatan Haprak Baru tu hanya sekadar 'Langau' semata - mata.

Perkara tersebut telah ditegaskan oleh Ahli Parlimen Kuala Langat yang sebelum ini bukan main lantang lagi mahu menyingkirkan Si Khalid Ibrahim melalui agenda perlaksanaan Langkah Kajang.

Kata Si Ahli Parlimen Kuala Langat tu, mesyuarat khas yang dijadualkan pada 11 Oktober ini adalah mesyuarat biasa bagi membincangkan penjelasan lanjut mengenai pembentukan tersebut.
“Mesyuarat itu hanya untuk menjelaskan berkenaan kedudukan dan kerusi dalam Pakatan Harapan, tidak lebih dari itu,” kata ahli PKR itu ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.

Mengulas berkenaan petisyen yang kini sudah heboh diperkatakan, Abdullah berkata bahawa perkara itu hanyalah satu masalah kecil.


Lojiknya Ahli Jawatankuasa ada 72 orang, yang tanda tangan cuma 25 orang... tidak ada apalah... itu macam langau sahaja,” katanya.
Nah! Nampak sangat la yang dalam PKR ni memang takde ruang terbuka untuk ahli - ahli nak menyuarakan pandangan mereka sendiri tanpa dilabelkan dengan gelaran sedemikian rupa.

Itu membuktikan bahawa puak - puak PKR ni bukan sahaja JUMUD, tetapi mereka juga tidak memberikan Hak Kebebasan Bersuara dikalangan ahli untuk mempersoalkan tindakan songsang pemimpin atasan. Kebebasan Bersuara hanya ditong-sampahkan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.